HIMPUNAN FATWA
Negeri Perlis
Hukum Penyertaan Bukan Muslim Dalam Wakaf Dan Penyaluran Manfaat Wakaf Kepada Bukan Muslim
KEPUTUSAN MESYUARAT
JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-80/2026
28-29 JULAI 2026 / 13-14 SAFAR 1448
Bil. 5/80 TAHUN 2026
HUKUM PENYERTAAN BUKAN MUSLIM DALAM WAKAF DAN PENYALURAN MANFAAT WAKAF KEPADA BUKAN MUSLIM
Umat Islam dibenarkan menerima wakaf yang selaras dengan hukum syarak daripada bukan Muslim yang bertujuan untuk kebajikan umat Islam atau masyarakat awam yang merangkumi Muslim dan bukan Muslim. Jika wakaf itu berkaitan dengan masjid atau al-Quran, maka wajib dipastikan bahawa sumber harta wakaf tersebut bukan daripada aktiviti yang jelas haram. Jika untuk hal-hal ...
Selanjutnya
Fatwa Tentang Wakaf Zurri
KEPUTUSAN MESYUARAT
JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-80/2026
28-29 JULAI 2026 / 13-14 SAFAR 1448
Bil. 3/80 TAHUN 2026
FATWA TENTANG WAKAF ZURRI
Wakaf Zurri atau wakaf untuk keturunan iaitu mewakafkan sesuatu harta yang boleh diwakafkan untuk manfaat zuriat pewakaf.
Pada asasnya wakaf ini dibenarkan di sisi syarak. Ia dapat memberi manfaat kepada keluarga dari sudut kelangsungan harta. Namun pelaksanaan wakaf tersebut dalam realiti negeri Perlis menimbulkan kesukaran kepada MAIPs yang merupakan pemegang amanah tunggal wakaf di negeri Perlis dari segi undang-undang....
Selanjutnya
Hukum Solat Jumaat Pada Hari Raya
KEPUTUSAN MESYUARAT
JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-80/2026
28-29 JULAI 2026 / 13-14 SAFAR 1448
Bil. 4/80 TAHUN 2026
HUKUM SOLAT JUMAAT PADA HARI RAYA
Apabila Hari Raya (Aidilfitri atau Aidiladha) bertepatan dengan hari Jumaat, yang lebih utama dan lebih sempurna ialah menunaikan solat hari raya secara berjemaah serta menunaikan solat Jumaat seperti biasa. Walau bagaimanapun, seseorang yang telah menunaikan solat hari raya secara berjemaah diberikan rukhsah untuk tidak menghadiri solat Jumaat, namun wajib menunaikan solat Zuhur setelah masuk waktunya. Adapun imam ma...
Selanjutnya
Zakat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
MESYUARAT
JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-32 & 33//2017
TARIKH: 20 - 21 Oktober 2017 / 29 Muharram- 1 Safar 1439H
ZAKAT KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP)
Wang KWSP setelah dikeluarkan oleh pencarum diwajibkan zakat setelah mencukupi haul. Kadar ditunaikan zakat adalah sebanyak 2.5 % dari jumlah semasa hari haul berakhir jika jumlah yang berbaki mencapai had nisab.
Jika disegerakan pembayaran sebelum sempurna haul maka dibolehkan. Adapun kadar pembayaran berdasarkan kepada jumlah terakhir semasa mencukupi haul.
Wang KWSP boleh difaraidkan setelah diselesaikan urusan j...
Selanjutnya
Hukum Ujian Swab Untuk Saringan Covid-19 Terhadap Orang Berpuasa
KEPUTUSAN MESYUARAT
JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 46 / 2020
17 Jun 2020 / 25 Syawal 1441
Bil. 5 / 46 TAHUN 2020
HUKUM UJIAN SWAB UNTUK SARINGAN COVID-19 TERHADAP ORANG BERPUASA
Berdasarkan Garis Panduan Pengurusan COVID-19 yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kaedah saringan dalam menentukan individu positif COVID-19 ialah melalui Nasopharyngeal swab dan Oropharyngeal swab. Kaedah Nasopharyngeal swab ialah alat swab akan dimasukkan ke dalam rongga hidung individu sehingga ke kawasan nasopharynx dengan kedalaman lebih k...
Selanjutnya
Garis Panduan Tatacara Pengurusan Jenazah Orang Islam Covid-19 Negeri Perlis
KEPUTUSAN MESYUARAT
JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 46 / 2020
17 Jun 2020 / 25 Syawal 1441
Bil. 4 /46 TAHUN 2020
GARIS PANDUAN TATACARA PENGURUSAN JENAZAH ORANG ISLAM COVID-19 NEGERI PERLIS
1.0 TUJUAN
Garis panduan ini disediakan sebagai panduan rujukan oleh pihak yang terlibat mengendalikan pengurusan jenazah akibat COVID-19 di negeri Perlis selaras dengan pandangan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis dan polisi yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Ia juga bertujuan untuk memberi kefahaman kepada umat Islam khususnya di negeri Perlis tentang tatacara pengurusan j...
SelanjutnyaMINDA MUFTI
Jabatan Mufti Negeri Perlis
Isu Penghinaan Terhadap Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar
Isu Penghinaan Terhadap Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar:
Salah Faham Terhadap Realiti Masyarakat Jahiliyah
Saya percaya sudah ramai yang mengulas kenyataan ya...
Baca selanjutnyaAL-JAWAB AL-MUBIN
Negeri Perlis
BERITA / ARTIKEL
Jabatan Mufti Negeri Perlis
Berita Terkini Jabatan Mufti
Artikel Ilmiah
MEDIA SOSIAL
Jabatan Mufti Negeri Perlis
PERKHIDMATAN
Jabatan Mufti Negeri Perlis

Tingkat 1, Blok A, Bangunan Dato' Mahmud Mat, 01000 Kangar, Perlis
Tel : 04-9794428 | Fax : 04-9763844
Bahagian Falak/Fatwa/Penerbitan | 04-9794444
Bahagian Hukum/Isnad | 04-9794445
Laman Web : https://muftiperlis.gov.my
Email : mufti@perlis.gov.my










