• Tiada Penghalang Antara Insan Dengan ALLAH
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 08 Februari 2023
    Tiada Penghalang Antara Insan Dengan ALLAH Antara rahmat ALLAH terhadap seluruh hambaNYA ialah ALLAH tidak meletakkan penghalang atau batasan untuk setiap hamba berbicara denganNYA. Bahkan, tiada masa atau tempat yang boleh menahan munajat, rintihan atau bisikan seorang hamba kepada tuhannya. Allah Maha Mendengar sekalipun tiada suara yang keluar. Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Adil dalam menentukan kedudukan setiap aduan hambaNYA. DIA telah menerima permohonan Iblis... Baca Seterusnya

Huraian Fiqh Sunnah: Khutbah Jumaat

KHUTBAH JUMAAT

Kata Syed Sabiq RH:

حكمها: ذهب جمهور أهل العلم إلى وجوب خطبة الجمعة واستدلوا على الوجوب بما ثبت عنه ﷺ بالاحاديث الصحيحة ثبوتا مستمرا أنه كان يخطب في كل جمعة، واستدلوا أيضا بقوله ﷺ: (صلوا كما رأيتموني أصلي) وقول الله عز وجل (يا أيها الذين آمنوا إذا نودي للصلاة من يوم الجمعة فاسعوا إلى ذكر الله) وهذا أمر بالعي إلى الذكر فيكون واجبا لانه لا يجب السعي لغير الواجب وفسروا الذكر بالخطبة لاشتمالها عليه. 

وناقش الشوكاني هذه الادلة فأجاب عن الدليل الاول بأن مجرد الفعل لا يفيد الوجوب، وعن الدليل الثاني بأنه ليس فيه إلا الامر بإيقاع الصلاة على الصفة التي كان يوقعها عليها والخطبة ليست بصلاة، وعن الثالث بأن الذكر المأمور بالسعي إليه هو الصلاة، غاية الامر أنه متردد بينها وبين الخطبة وقد وقع الاتفاق على وجوب الصلاة، والنزاع في وجوب الخطبة فلا ينتهض هذا الدليل للوجوب ثم قال: فالظاهر ما ذهب إليه الحسن البصري وداود الظاهري والجويني من أن الخطبة مندوبة فقط.

Maksudnya: “Hukumnya: Majoriti ulama berpandangan wajib khutbah Jumaat. Mereka berdalilkan dengan thabit hadis-hadis yang sahih dalam bentuk berterusan baginda menyampaikan khutbah pada setiap Jumaat. Mereka juga berdalil dengan sabda Nabi SAW: “Solatlah kamu semua sepertimana kamu semua melihat aku menunaikan solat.” Dan firman Allah Azzawa Jall: “Wahai orang-orang yang beriman, apabila diseru kepada solat pada hari Jumaat, maka bersegeralah kepada zikrullah.” Ayat ini terdapat perintah untuk bersegera kepada zikir, maka zikir itu adalah wajib, kerana tidak wajib bersegera pergi kepada sesuatu yang tidak wajib. Mereka menafsirkan zikir dalam ayat ini dengan khutbah, disebabkan khutbah itu termasuk dalam zikir.

al-Syaukani ada membahaskan dalil-dalil ini, beliau memberikan jawapan terhadap dalil pertama dengan mengatakan; semata-mata dengan perbuatan (Baginda SAW) tidak semestinya menunjukkan wajib. Terhadap dalil yang kedua beliau mengatakan, tidak terdapat padanya melainkan perintah melakukan solat seperti bentuk yang dilakukan oleh baginda, khutbah itu pula bukanlah termasuk dalam solat. Jawapan untuk dalil ketiga, bahawa zikir yang diperintahkan supaya segera pergi kepadanya itu adalah solat. Paling tidak, ia suatu yang berlegar sama ada zikrullah itu merujuk kepada solat atau khutbah. Dalam masa yang sama telah berlaku kesepakatan wajibnya solat. Perbezaan pada wajibnya khutbah, maka dalil ini tidak tertegak untuk menjadikan khutbah itu wajib. Kemudian beliau (al-Syaukani) berkata: “Maka yang zahir adalah pandangan al-Hasan al-Basri, Daud al-Zahiri dan al-Juwaini yang mengatakan khutbah Jumaat adalah sunat sahaja.”

Huraian:       

Seperti yang telah dijelaskan pada huraian “Perbahasan Berkaitan Syarat-Syarat Wajib Jumaat”. Apatah lagi khutbah Jumaat terangkum dalam zikrullah dapat dilihat melalui adanya celaan daripada Allah SWT terhadap mereka yang meninggalkan baginda SAW berdiri keseorangan menyampaikan khutbah untuk melihat rombongan perniagaan yang sampai ke Madinah.

al-Imam al-Qurtubi dalam tafsirnya 18/114 menyatakan, dalil wajibnya khutbah adalah firman Allah SWT: وَتَرَكُوكَ قائِمًا Maksudnya: “Mereka meninggalkan kamu keseorangan berdiri..” Kata al-Qurtubi: “Inilah adalah satu celaan. Maka satu kewajipan ialah yang dicela siapa yang meninggalkannya pada syarak.”

JABATAN MUFTI

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 547
Semalam 1487
Minggu Ini 547
Bulan Ini 7675

Keseluruhan 1746358

   Masa Capaian : 0.87 saat    Kemaskini :  31/5/2023