Pengeluaran Zakat Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Kwsp)
KEPUTUSAN MESYUARAT
JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-81/2026
10-11 SEPTEMBER 2026 / 28-29 RABIULAWAL 1448
Bil. 1/81 TAHUN 2026
Pengeluaran Zakat Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Kwsp)
Dengan mengambil kira perubahan dalam pengurusan KWSP pada masa kini, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis memutuskan bahawa Akaun Simpanan Syariah dalam KWSP yang wujud pada masa kini bersifat pelaburan dan perniagaan. Maka wang Simpanan Syariah tersebut hendaklah ditunaikan atas zakat perniagaan. Kiraan dan pengeluaran zakat itu diuruskan oleh pihak pengurusan KWSP berdasarkan akad wakalah yang dipersetujui. Maka dengan itu, pencarum yang mengeluarkan wang dari Simpanan Syariah KWSP tidak lagi diwajibkan zakat sekiranya telah dikeluarkan oleh pihak pengurusan atas zakat perniagaan. Jika akad wakalah tidak berlaku, maka pencarum hendaklah mengeluarkan zakatnya sendiri.
Dengan keputusan ini, maka fatwa yang berkaitan para (4) di bawah tajuk “Hukum Zakat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)” bertarikh 6 Ogos 2017 bersamaan 13 Zulkaedah 1438H iaitu “Wang KWSP yang masih lagi berada di dalam simpanan tidak wajib dikeluarkan zakat oleh pencarum dan pihak pengurus. Ini kerana tidak berlaku pemilikan yang sempurna” adalah dibatalkan.
-TAMAT-
Kehadiran dan persetujuan oleh:
- Sahibus Samahah Profesor Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin
- Sahibul Fadhilah Ustaz Tajul Urus bin Abdul Halim
- Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle
- Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Basri bin Ibrahim
- Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Azman bin Mohd Noor
- Sahibul Fadhilah Prof. Madya Dr. Mohd Akram bin Dato’ Dahaman @ Dahlan
- Sahibul Fadhilah Dr. Hj Zaharuddin bin Hj Abdul Rahman
- Sahibul Fadhilah Prof. Madya Dr Ahmad Wifaq bin Mokhtar
- Sahibul Fadhilah Dr. Ahmad Sufian bin Che Abdullah
- Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar bin Syed Kamal Bharin
- Sahibul Fadhilah K.H Dr. Zaitun bin Rasmin
- Sahibul Fadhilah Dr. Muhammad Lukman bin Mat Sin
- Sahibul Fadhilah Ustaz Burhanudin bin Lokman
- Sahibul Fadhilah Dr. Muhammad Luthfi bin Mohammad Masruh
- Al-Fadhil Ustaz Muhammad Khidhir bin Abdul Ghani – Setiausaha
DIPERAKUKAN dalam Persidangan Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 5 / 2026 pada 22 September 2026




