Hukum Penggunaan Istilah Dan Perkataan Yang Berasal Daripada Islam
KEPUTUSAN MESYUARAT
JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-80/2026
10-11 SEPTEMBER 2026 / 28-29 RABIULAWAL 1448
Bil. 2/81 TAHUN 2026
HUKUM PENGGUNAAN ISTILAH DAN PERKATAAN YANG BERASAL DARIPADA ISLAM
Semua istilah dan perkataan yang berasal daripada agama Islam hanya boleh digunakan oleh Muslim dan bukan Muslim dalam konteks yang betul. Ini bermaksud penggunaan istilah tersebut hendaklah tidak menyebabkan penyimpangan makna, eksploitasi, penghinaan dan persendaan kepada agama Islam. Maka adalah menjadi tanggungjawab pemerintah untuk memastikan kewibawaan agama Islam tidak dicemari dengan salah guna istilah dan perkataan yang berkaitan.
-TAMAT-
Kehadiran dan persetujuan oleh:
- Sahibus Samahah Profesor Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin
- Sahibul Fadhilah Ustaz Tajul Urus bin Abdul Halim
- Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle
- Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Basri bin Ibrahim
- Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Azman bin Mohd Noor
- Sahibul Fadhilah Prof. Madya Dr. Mohd Akram bin Dato’ Dahaman @ Dahlan
- Sahibul Fadhilah Dr. Hj Zaharuddin bin Hj Abdul Rahman
- Sahibul Fadhilah Prof. Madya Dr Ahmad Wifaq bin Mokhtar
- Sahibul Fadhilah Dr. Ahmad Sufian bin Che Abdullah
- Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar bin Syed Kamal Bharin
- Sahibul Fadhilah K.H Dr. Zaitun bin Rasmin
- Sahibul Fadhilah Dr. Muhammad Lukman bin Mat Sin
- Sahibul Fadhilah Ustaz Burhanudin bin Lokman
- Sahibul Fadhilah Dr. Muhammad Luthfi bin Mohammad Masruh
- Al-Fadhil Ustaz Muhammad Khidhir bin Abdul Ghani – Setiausaha
Diperakukan dalam Persidangan Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 5 / 2026 pada 22 September 2026







