Editor Unit Fatwa
Jumlah paparan: 11
Hukum Menyertai Sukan Memanah 3D Yang Menggunakan Sasaran Berbentuk Replika Haiwan
Editor Unit Fatwa
Jumlah paparan: 11
Editor Unit Fatwa
Jumlah paparan: 11
Dalam keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Kali Ke-50/2020, diputuskan bahawa;
- Membuat atau menggunakan apa-apa patung untuk dipuja, dimulia, dihormati atau diagungkan adalah haram di sisi syarak. Ia boleh membawa kepada syirik. Maka muslim dilarang untuk membuat, menggunakan atau menyimpan patung yang mempunyai unsur-unsur tersebut.
- Adapun membuat atau menggunakan apa-apa bentuk patung yang tidak mempunyai unsur-unsur dipuja, dimuliakan, dihormati atau diagungkan sebaliknya untuk urusan keduniaan seperti permainan, pendidikan, perubatan, siasatan jenayah dan apa sahaja yang tidak mempunyai unsur-unsur pemujaan adalah dibolehkan. Walau bagaimanapun seseorang muslim yang terlibat membuat, menyimpan atau menggunakan patung dengan tujuan yang disebutkan tadi hendaklah berhati-hati agar tidak terbabit dengan unsur-unsur yang boleh membawa kepada syirik (memuja, mengagung, menghormati dan memuliakan).
- Oleh kerana dalam kalangan para fuqaha ada yang mengharamkan membuat patung manusia dan haiwan secara mutlak sekalipun bukan dengan tujuan dipuja, diagung, dihormati atau dimuliakan, maka jika seseorang mampu mengelakkan diri dari terlibat dalam pembikinan atau penggunaan patung haiwan atau manusia, ia adalah sesuatu yang lebih afdal.
Berdasarkan fatwa negeri Perlis di atas, penggunaan sasaran berbentuk replika haiwan dalam sukan memanah 3D adalah dibenarkan kerana penggunaannya tidak mengandungi unsur pemujaan, pengagungan, penghormatan atau pemuliaan terhadap replika tersebut. Oleh itu, penggunaannya sebagai sasaran dalam aktiviti sukan memanah tidak termasuk dalam larangan syarak berkaitan pembuatan atau penggunaan patung.







