Hukum Solat Jumaat Pada Hari Raya

Hukum Solat Jumaat Pada Hari Raya

KEPUTUSAN MESYUARAT

JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-80/2026

28-29 JULAI 2026 / 13-14 SAFAR 1448 

Bil. 4/80         TAHUN 2026

 

HUKUM SOLAT JUMAAT PADA HARI RAYA

Apabila Hari Raya (Aidilfitri atau Aidiladha) bertepatan dengan hari Jumaat, yang lebih utama dan lebih sempurna ialah menunaikan solat hari raya secara berjemaah serta menunaikan solat Jumaat seperti biasa. Walau bagaimanapun, seseorang yang telah menunaikan solat hari raya secara berjemaah diberikan rukhsah untuk tidak menghadiri solat Jumaat, namun wajib menunaikan solat Zuhur setelah masuk waktunya. Adapun imam masjid tetap wajib mendirikan solat Jumaat bagi mereka yang ingin menunaikannya atau bagi mereka yang tidak menunaikan solat hari raya secara berjemaah.

 

KEHADIRAN DAN PERSETUJUAN OLEH:

  1. Sahibus Samahah Profesor Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin
  2. Sahibul Fadhilah Ustaz Tajul Urus bin Abdul Halim
  3. Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle
  4. Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Basri bin Ibrahim
  5. Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Azman bin Mohd Noor
  6. Sahibul Fadhilah Prof. Madya Dr. Mohd Akram bin Dato’ Dahaman @ Dahlan
  7. Sahibul Fadhilah Dr. Hj Zaharuddin bin Hj Abdul Rahman
  8. Sahibul Fadhilah Prof. Madya Dr Ahmad Wifaq bin Mokhtar
  9. Sahibul Fadhilah Dr. Ahmad Sufian bin Che Abdullah
  10. Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar bin Syed Kamal Bharin
  11. Sahibul Fadhilah K.H Dr. Zaitun bin Rasmin
  12. Sahibul Fadhilah Dr. Muhammad Lukman bin Mat Sin
  13. Sahibul Fadhilah Ustaz Burhanudin bin Lokman
  14. Sahibul Fadhilah Dr. Muhammad Luthfi bin Mohammad Masruh
  15. Al-Fadhil Ustaz Muhammad Khidhir bin Abdul Ghani – Setiausaha

DIPERAKUKAN dalam Persidangan Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 5 / 2026 pada 22 September 2026

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 255
Semalam 2196
Minggu Ini 2451
Bulan Ini 42986

Keseluruhan 4000466

   Masa Capaian : 1.03 saat    Kemaskini :  19/10/2026