Hukum Penyertaan Bukan Muslim Dalam Wakaf Dan Penyaluran Manfaat Wakaf Kepada Bukan Muslim
KEPUTUSAN MESYUARAT
JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-80/2026
28-29 JULAI 2026 / 13-14 SAFAR 1448
Bil. 5/80 TAHUN 2026
HUKUM PENYERTAAN BUKAN MUSLIM DALAM WAKAF DAN PENYALURAN MANFAAT WAKAF KEPADA BUKAN MUSLIM
Umat Islam dibenarkan menerima wakaf yang selaras dengan hukum syarak daripada bukan Muslim yang bertujuan untuk kebajikan umat Islam atau masyarakat awam yang merangkumi Muslim dan bukan Muslim. Jika wakaf itu berkaitan dengan masjid atau al-Quran, maka wajib dipastikan bahawa sumber harta wakaf tersebut bukan daripada aktiviti yang jelas haram. Jika untuk hal-hal lain yang memberikan kebaikan kepada masyarakat, hendaklah dipastikan wakaf itu tidak menggalakkan atau membawa kepada perkara-perkara yang bercanggah dengan syarak. Adapun penggunaan istilah wakaf yang difahami sebagai berkaitan dengan Islam, hendaklah dengan kelulusan pihak ulil amri.
KEHADIRAN DAN PERSETUJUAN OLEH:
- Sahibus Samahah Profesor Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin
- Sahibul Fadhilah Ustaz Tajul Urus bin Abdul Halim
- Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle
- Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Basri bin Ibrahim
- Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Azman bin Mohd Noor
- Sahibul Fadhilah Prof. Madya Dr. Mohd Akram bin Dato’ Dahaman @ Dahlan
- Sahibul Fadhilah Dr. Hj Zaharuddin bin Hj Abdul Rahman
- Sahibul Fadhilah Prof. Madya Dr Ahmad Wifaq bin Mokhtar
- Sahibul Fadhilah Dr. Ahmad Sufian bin Che Abdullah
- Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar bin Syed Kamal Bharin
- Sahibul Fadhilah K.H Dr. Zaitun bin Rasmin
- Sahibul Fadhilah Dr. Muhammad Lukman bin Mat Sin
- Sahibul Fadhilah Ustaz Burhanudin bin Lokman
- Sahibul Fadhilah Dr. Muhammad Luthfi bin Mohammad Masruh
- Al-Fadhil Ustaz Muhammad Khidhir bin Abdul Ghani – Setiausaha
Diperakukan dalam Persidangan Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 5 / 2026 pada 22 September 2026







