FAQHubungiMaklumbalasPeta Laman
Pilihan Bahasa
msen
Saiz Teks
Tazkirah Ringkas
  • Syurga Penawar Duka..

    Syurga Penawar Duka..

    Information
    21 September 2022
    Syurga Penawar Duka.. Jannah atau syurga merupakan khabar gembira dan pengubat dukacita insan terhadap apa sahaja kesakitan yang dilalui dalam kehidupan dunia ini. Segala derita dan keperitan dunia amatlah kerdil jika seseorang dapat memperolehi syurga. Betapa hebatnya keindahan dan kenikmatan yang maha agung yang dijanjikan oleh Allah kepada hamba-hambaNYA yang akan menghuni syurga. Apabila insan bangun setiap pagi di kesunyian malam yang akhir, membaca al-Quran dalam... Baca seterusnya

Sujud merupakan nikmat yang besar bagi hamba yang bersolat. Semasa sujud, terasa jiwa kehambaan dan keagungan ALLAH Yang Maha Tinggi Kemuliaan dan KebesaranNYA. Demikian itu serasi dengan ucapan dalam sujud سبحان ربي الأعلى (Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi).
Sesiapa yang sering berdoa ketika sujud akan mengetahui betapa mustajabnya doa di waktu itu. Inilah yang diberitahu oleh Nabi s.a.w bahawa ketika sujud jiwa kita begitu hampir kepada ALLAH, maka, perbanyakkan doa semasa sujud. Doa semasa sujud penuh dengan kelazatan dan nikmat ruhani yang sukar digambarkan. Sesiapa yang melazimi sesuatu doa semasa sujud, dia akan melihat kurniaan ALLAH untuk doanya.
Sesiapa yang selalu berdoa kepada ALLAH, akan merasai ALLAH itu dekat seperti yang al-Quran dan al-Sunnah nyatakan. Sesiapa yang merasai ALLAH itu dekat, pasti tidak akan berdoa kepada kuburan, wali, bomoh, pokok, haiwan atau makhluk yang lain atas alasan ALLAH itu jauh.

 - Prof Dato Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainal Abidin -