• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Hukum Berlainan Niat Untuk Tujuh Bahagian Lembu

 

Picture1

Hukum Berlainan Niat Untuk Tujuh Bahagian Lembu

Soalan: 

Assalamualaikum,

Bolehkah seekor lembu yang hendak dibuat korban dikongsi tujuh orang, namun sebahagian mereka sememangnya berniat buat korban, manakala sebahagian lain ada yang berniat akikah dan seumpamanya.

Jawapan:

Boleh seekor lembu atau unta yang hendak dibuat korban dikongsi tujuh orang dengan niat yang berbeza. Seperti sebahagian mereka bertujuan melakukan korban, manakala sebahagian lain bertujuan membuat akikah. Inilah pandangan majoriti ulama. Dalam al-Mausu‘ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah 5/91-92 dinyatakan:

وَخَالَفَهُمُ الشَّافِعِيَّةُ وَالْحَنَابِلَةُ فَأَجَازُوا أَنْ يَشْتَرِكَ مُرِيدُ التَّضْحِيَةِ أَوْ غَيْرِهَا مِنَ الْقُرُبَاتِ مَعَ مُرِيدِ اللَّحْمِ، حَتَّى لَوْ كَانَ لِمُرِيدِ التَّضْحِيَةِ سُبْعُ الْبَدَنَةِ، وَلِمُرِيدِ الْهَدْيِ سُبْعُهَا، وَلِمُرِيدِ الْعَقِيقَةِ سُبْعُهَا، وَلِمُرِيدِ اللَّحْمِ بَاقِيهَا، فَذُبِحَتْ بِهَذِهِ النِّيَّاتِ جَازَ، لأَنَّ الْفِعْل إِنَّمَا يَصِيرُ قُرْبَةً مِنْ كُل وَاحِدٍ بِنِيَّتِهِ لاَ بِنِيَّةِ شَرِيكِهِ، فَعَدَمُ النِّيَّةِ مِنْ أَحَدِهِمْ لاَ يَقْدَحُ فِي قُرْبَةِ الْبَاقِينَ

Maksudnya: “Ulama mazhab Syafi‘e dan Hambali berbeza dengan ulama mazhab Hanafi. Ulama mazhab Syafi‘e dan Hambali berpandangan harus berkongsi orang yang berniat korban atau ibadah lain dengan orang yang hendaklah daging semata-mata, sekalipun yang berniat korban itu hanya 1/7 dari seekor unta, 1/7 lagi hendakkan hady, 1/7 lagi berniat akikah, dan baki yang lain hendakkan daging semata-mata, lalu disembelih seekor unta dengan niat-niat yang berbeza ini, maka ia adalah harus. Ini kerana sesuatu perbuatan menjadi ibadah berdasarkan niat setiap orang yang berkongsi. Salah seorang dari mereka yang tiada berniat beribadah tidak merosakkan ibadah mereka yang lain.”

Dalil keharusan ini, antaranya berdasarkan hadis Jabir RA riwayat al-Bukhari dan Muslin yang berkata:

أَمَرَنَا رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وآلِهِ وَسَلَّمَ أَنْ نَشْتَرِكَ فِي الْإِبِلِ وَالْبَقَرِ، كُلُّ سَبْعَةٍ مِنَّا فِي بَدَنَةٍ

Maksudnya: “Kami diperintahkan oleh Rasulullah SAW untuk berkongsi pada unta dan lembu, setiap tujuh orang daripada kami seekor unta” Dalam riwayat lain di sisi Muslim, Jabir berkata:

اشْتَرَكْنَا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وآله وَسَلَّمَ فِي الْحَجِّ وَالْعُمْرَةِ كُلُّ سَبْعَةٍ مِنَّا فِي بَدَنَةٍ

Maksudnya: “Kami berkongsi bersama Nabi SAW ketika haji dan umrah bagi setiap tujuh orang daripada kami pada seekor unta.”

Bentuk pendalilan dari hadis ini iaitulah terdapat perintah dan perakuan jelas keizinan berkongsi melaksanakan korban dan hady (Haiwan sembeliah yang dikorbankan di Tanah Haram Mekah). Suatu yang sedia diketahui bahawa orang ramai dalam peristiwa haji wada’ terbahagi kepada kumpulan yang berbagai. Dalam kalangan mereka ada yang melakukan haji Tamattu’, ada yang Qiran, ada yang menyembelih hady wajib mahupun sunat dan ada yang menyembelih kerana dam melakukan tegahan haji. Nabi SAW membenarkan mereka berkongsi seekor lembu atau unta seramai tujuh orang yang memiliki niat yang berbeza.

JABATAN MUFTI

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 1127
Semalam 2431
Minggu Ini 3558
Bulan Ini 35731

Keseluruhan 2959533

   Masa Capaian : 0.89 saat    Kemaskini :  14/10/2024