• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Darjat Hadis Letak Tangan Atas Kepala Ketika Baca Empat Ayat Akhir Surah al-Hasyr

 

 al quran

 

 

Darjat hadis letak tangan atas kepala ketika baca empat ayat akhir Surah al-Hasyr

Soalan:

Ustaz apakah darjat hadis ini?

Khatib Al-Baghdadi dalam kitab Tarikh-nya, dari Idris bin Abdul Karim Al-Haddad, dia berkata;

قرأت على خلف فلما بلغت هذه الآية { لو أنزلنا هذا القرآن على جبل } قال : ضع يدك على رأسك فإني قرأت على سليم فلما بلغت هذه الآية قال : ضع يدك على رأسك فإني قرأت على الأعمش فلما بلغت هذه الآية قال : ضع يدك على رأسك فإني قرأت على يحيى بن وثاب فلما بلغت هذه الآية قال : ضد يدك على رأسك فإني قرأت على علقمة والأسود فلما بلغت هذه الآية قال : ضع يدك على رأسك فإنا قرأنا على عبد الله فلما بلغنا هذه الآية قال : ضعا أيديكما على رؤوسكما فإني قرأت على النبي صلى الله عليه وسلم فلما بلغت هذه الآية قال لي : ضع يدك على رأسك فإن جبريل لما نزل بها إلي قال لي : ضع يدك على رأسك فإنها شفاء من كل داء إلا السأم والسأم الموت

"Saya membaca pada Khalaf, setelah saya sampai pada ayat ‘law anzalnaa haadza al-qur’aana’ dia berkata: Letakkan tanganmu di atas kepalamu karena saya membaca pada A’masy, setelah saya sampai ayat ini dia berkata: Letakkan tanganmu di atas kepalamu karena saya membaca pada Yahya bin Watsab, setelah saya sampai ayat ini dia berkata: Letakkan tanganmu karena saya membaca pada Alqamah dan Aswad, setelah saya sampai ayat ini dia berkata: Letakkan tanganmu di atas kepalamu karena kami membaca pada Abdullah, setelah kami sampai ayat ini dia berkata: Letakkan tangan kalian berdua di atas kepala kalian karena saya membaca pada Nabi SAW, setelah saya sampai ayat ini baginda berkata: Letakkan tanganmu di atas kepalamu karena Jibril ketika menurunkan ayat ini padaku, dia kata padaku: Letakkan tanganmu di atas kepalamu karena itu adalah ubat dari segala penyakit kecuali kematian."

Jawapan:

Hadis yang ditanya dinukilkan oleh al-Alusi dalam tafsirnya Ruh al-Ma‘ani 14/257. Demikian juga al-Suyuti dalam kitabnya al-Durr al-Manthur 8/121. Kedua-dua mereka menyatakan hadis ini diriwayatkan oleh al-Khatib al-Baghdadi dalam kitabnya Tarikh Baghdad.

Suatu yang masyhur dalam kalangan ulama hadis, jika terdapat riwayat yang hanya terdapat dalam kitab Tarikh Baghdad tulisan al-Khatib al-Baghdadi, maka ia menunjukkan riwayat tersebut adalah daif (lemah).

Sidiy ‘Abdullah bin al-Hajj Ibrahim al-‘Alawi al-Sanqiti menyebut dalam Manzumah Tal‘ah al-Anwar, bait ke-74:

وَمَا نُمِي لـعَق وعَد وخَط وكِر - ومُسندِ الفردوس ضعفُه شُهِر

Maksudnya: “Dan apa-apa (riwayat) yang disandarkan kepada al-‘Uqaili, Ibn ‘Adi, al-Khatib al-Baghdadi, Ibn ‘Asakir dan kitab Musnad al-Firdaus, maka kedhaifannya suatu yang masyhur (dalam kalangan ulama).”

 

JABATAN MUFTI

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 1370
Semalam 2772
Minggu Ini 13812
Bulan Ini 41694

Keseluruhan 2531987

   Masa Capaian : 0.81 saat    Kemaskini :  15/5/2024