• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Hukum Kembali Ke Masjid Untuk Solat Tahajjud Setelah Menunaikan Tarawih Bersama Imam Selepas Isyak

 

 

 

kembali_ke_masjid.jpg

Soalan:

Di beberapa masjid di Perlis kebelakangan ini diadakan solat dua tarawih dua kali. Sekali ditunaikan selepas solat Isyak sebanyak 11 rakaat. Kemudian ada pula solat pada pukul 3 pagi atau 4 pagi. Solat apa pada pukul 3 atau 4 pagi tersebut? Apakah ia bertepatan dengan sunnah Nabi SAW?

Jawapan:

Kembali semula ke masjid untuk solat Tahajjud setelah menunaikan solat Tarawih bersama imam selepas solat Isyak, disebut oleh para ulama sebagai al-Ta’qib (التعقيب). Al-Marwazi (W294) dalam kitabnya Mukhtasar Qiyam al-Lail, halaman 245 menyebut:

باب التعقيب وهو رجوع الناس إلى المسجد بعد انصرافهم عنه

“Bab Berkaitan Al-Ta’qib Iaitulah Orang Ramai Kembali Ke Masjid Setelah Meninggalkannya.”.

Ibn al-Athir (W606H) dalam al-Nihayah 3/267 berkata:

التَّعْقِيب: هُوَ أَنْ تَعْمَل عَمَلا ثُمَّ تَعُودَ فِيهِ، وَأَرَادَ بِهِ هَاهُنَا: صَلَاةَ النَّافلة بَعْدَ التَّراويح

Maksudnya: “al-Ta’qib ialah kamu melakukan satu amalan, kemudian (setelah selesai) kamu kembali melakukannya. Dimaksudkan di sini ialah solat sunat yang dilakukan selepas melakukan solat sunat Tarawih.”

Ibn Rejab dalam Fath al-Bari 6/258-259 berkata:

هو أن يقوموا في جماعة في المسجد ثم يخرجون منه، ثم يعودون إليه فيصلون جماعة في آخر الليل، وبهذا فسره أبو بكر عبد العزيز بن جعفر وغيره من أصحابنا

Maksudnya: “(al-Ta’qib) ialah orang ramai melakukan solat sunat secara berjemaah di masjid, kemudian mereka keluar dari masjid, setelah itu kembali semula ke masjid dan menunaikan solat sunat berjemaah di penghujung malam. Inilah yang dijelaskan oleh Abi Bakr Abd al-‘Aziz dan selain beliau dari kalangan sahabat kami.”

 

Majoriti ulama berpandangan harus melakukan solat sunat malam hari secara terpisah. Ibn Rajab dalam Fath al-Bari 6/259 berkata:

وأكثر الفقهاء على أنه لا يكره بحال

Maksudnya: “Kebanyakan fuqaha berpandangan ia (al-Ta’qib) tiada   hukum makruh dalam semua keadaan.”

Keharusan ini berdalilkan hadis Qais bin Talq yang berkata:

زَارَنَا طَلْقُ بْنُ عَلِيٍّ فِي يَوْمٍ مِنْ رَمَضَانَ، وَأَمْسَى عِنْدَنَا، وَأَفْطَرَ، ثُمَّ قَامَ بِنَا تِلْكَ اللَّيْلَةَ، وَأَوْتَرَ بِنَا، ثُمَّ انْحَدَرَ إِلَى مَسْجِدِهِ، فَصَلَّى بِأَصْحَابِهِ حَتَّى إِذَا بَقِيَ الْوِتْرُ قَدَّمَ رَجُلًا، فَقَالَ: أَوْتِرْ بِأَصْحَابِكَ، فَإِنِّي سَمِعْتُ النَّبِيَّ ﷺ يَقُولُ: لَا وِتْرَانِ فِي لَيْلَةٍ

Maksudnya: “Suatu hari dalam bulan Ramadan Talq bin ‘Ali RA menziarahi kami, ketika masuk waktu berbuka beliau masih bersama kami dan beliau berbuka bersama. Setelah itu beliau mengimamkan solat Tarawih bersama kami sehingga solat Witir, kemudian beliau pergi ke masjidnya dan mengimamkan solat dengan para sahabatnya. Apabila tinggal untuk menunaikan solat Witir, beliau minta seorang lelaki lain mengimamkan solat dengan berkata: “Tunaikan Witir mengimamkan solat bersama para sahabatmu. Sesungguhnya aku mendengar Nabi SAW bersabda: “Tiada dua Witir dalam satu malam.” (HR Abu Daud, al-Nasai’e, Ibn Khuzaimah dalam Sahihnya, dan Ibn Hibban dalam Sahihnya. Dinilai sahih oleh al-Dhiya’ al-Maqdisi dalam al-Ahadith al-Mukhtarah 8/156 dan al-Albani dalam Sahih Abi Daud 5/184)

JABATAN MUFTI

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 1498
Semalam 2772
Minggu Ini 13940
Bulan Ini 41822

Keseluruhan 2532115

   Masa Capaian : 0.80 saat    Kemaskini :  15/5/2024