• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Hukum Ahli Keluarga Bayar Hutang Untuk Jenazah

download 2

 

Soalan:

Adik meninggal dunia dah empat minggu dan dia ada berhutang. Keluarga tidak mampu membayar hutangnya. Apa hukum keluarga tersebut?

Jawapan:

Hutang jenazah wajib ditunaikan dari harta jenazah jika jenazah ada meninggalkan harta, sekalipun akan menghabiskan harta yang ditinggalkannya tersebut. Dalam keadaan ini, waris jenazah tiada lagi hak ke atas harta yang mesti dilunaskan hutang tersebut.

Jika jenazah tiada meninggalkan sebarang harta, tidak menjadi kewajipan ke atas ahli keluarga melangsaikan hutangnya. Nabi SAW bersabda:

إِنَّهُ لَا يَحِلُّ مَالُ امْرِئٍ إِلَّا بِطِيبِ نَفْسٍ مِنْهُ

Maksudnya: “Sesungguhnya tidak halal harta seseorang melainkan dengan kerelaannya.” (HR Ahmad. Dinilai sahih oleh al-Albani dalam Sahih al-Jami’)

Namun begitu, ahli keluarga tetap sunat membantu melangsaikan hutangnya. Ia termasuk dalam amalan soleh dan pertolongan untuk simati di alam barzakh. Oleh yang demikian, ahli keluarga tidak berdosa di atas tiada kemampuan membayar hutang adik saudara jika tidak membayar hutang si mati sekalipun mampu, apatah lagi jika tidak mampu.

JABATAN MUFTI

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 170
Semalam 1955
Minggu Ini 170
Bulan Ini 47911

Keseluruhan 2697687

   Masa Capaian : 0.79 saat    Kemaskini :  19/7/2024