• Tiada Penghalang Antara Insan Dengan ALLAH
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 08 Februari 2023
    Tiada Penghalang Antara Insan Dengan ALLAH Antara rahmat ALLAH terhadap seluruh hambaNYA ialah ALLAH tidak meletakkan penghalang atau batasan untuk setiap hamba berbicara denganNYA. Bahkan, tiada masa atau tempat yang boleh menahan munajat, rintihan atau bisikan seorang hamba kepada tuhannya. Allah Maha Mendengar sekalipun tiada suara yang keluar. Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Adil dalam menentukan kedudukan setiap aduan hambaNYA. DIA telah menerima permohonan Iblis... Baca Seterusnya

Hukum Seorang Lelaki Dengan Nenek Isterinya


Oleh: 
Bahagian Buhuth & Istinbath Jabatan Mufti Perlis

------------------------

Soalan:

Salam.. Ustaz, suami cucu perempuan dengan Tok perempuan dikira mahram atau tidak?

Jawapan:

Wa'alaikumussalam warahmatullah wabarakatuh.

Seorang lelaki dengan nenek isterinya adalah mahram, berdasarkan ayat alQuran: وَأُمَّهَاتُ نِسَائِكُمْ. “Dan para ibu isteri-isteri kamu.” (al-Nisa’: 23) Kalimah ummahat yang diterjemahkan sebagai “para ibu” adalah merujuk ibu dan ke atas. Dalam al-Mausu‘ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah 37/368 dinyatakan:

اتَّفَقَ الْفُقَهَاءُ عَلَى أَنَّهُ يَحْرُمُ بِالْمُصَاهَرَةِ عَلَى التَّأْبِيدِ .. أَصْل الزَّوْجَةِ، وَهِيَ أُمُّهَا، وَأُمُّ أُمِّهَا، وَأُمُّ أَبِيهَا وَإِنْ عَلَتْ؛ لِقَوْلِهِ تَعَالَى: { وَأُمَّهَاتُ نِسَائِكُمْ } ، عَطْفًا عَلَى قَوْلِهِ تَعَالَى : { حُرِّمَتْ عَلَيْكُمْ أُمَّهَاتُكُمْ

Maksudnya: “Para fuqaha bersepakat diharamkan melalui musaharah buat selama-lamanya… asal isteri (ibu-bapa dan ke atas), iaitulah ibu isteri, ibu kepada ibu isteri (nenek), ibu kepada bapa isteri dan ke atas berdasarkan firman Allah Taala: “Dan para ibu isteri-isteri kamu,” sebagai ‘ataf kepada firman Allah: “Dan diharamkan ke atas kamu semua kaum lelaki, ibu-ibu kamu…”

JABATAN MUFTI

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 496
Semalam 1487
Minggu Ini 496
Bulan Ini 7624

Keseluruhan 1746307

   Masa Capaian : 0.87 saat    Kemaskini :  31/5/2023