FAQHubungiMaklumbalasPeta Laman
Pilihan Bahasa
msen
Saiz Teks
Tazkirah Ringkas
  • Syurga Penawar Duka..

    Syurga Penawar Duka..

    Information
    21 September 2022
    Syurga Penawar Duka.. Jannah atau syurga merupakan khabar gembira dan pengubat dukacita insan terhadap apa sahaja kesakitan yang dilalui dalam kehidupan dunia ini. Segala derita dan keperitan dunia amatlah kerdil jika seseorang dapat memperolehi syurga. Betapa hebatnya keindahan dan kenikmatan yang maha agung yang dijanjikan oleh Allah kepada hamba-hambaNYA yang akan menghuni syurga. Apabila insan bangun setiap pagi di kesunyian malam yang akhir, membaca al-Quran dalam... Baca seterusnya

 

IRSYAD HUKUM SIRI 18

Hukum Muazzin Sebut Allaahu akbaRAllahu Akbar

 

Soalan:

Ustaz, mana satu betul ketika takbir azan, bilal sebut:

  1. Allaahu akbaRUllaahu akbar
  2. Allaahu akbaRAllaahu akbar
  3. Allaahu akbar – allahu akbar

Jawapan:

Jawapan adalah seperti berikut:

  1. Lafaz pertamaAllaahu akbaRUllaahu akbar adalah lebih tepat dari sudut I’rab, kerana kalimah akbar” di dalam ungkapan tersebut berada pada kedudukan khabar (predikat). Justeru ia hendaklah didhommahkan atau diberi baris 
  2. Lafaz keduaAllaahu akbaRAllaahu akbar merupakan sebutan pelat dalam penuturan. Namun ia tidak merosakkan azan. Hal ini dijelaskan oleh beberapa ulama antaranya al-Khatib al-Syirbini di dalam Mughniy al-Muhtaj yang berkata:

“Kata al-Mubarrid: “Ini kerana azan diambil secara mauquf (dibaca waqaf bukan wasal dan tidak perlu di-i’rabkan), maka asal huruf Ra (pada kalimah akbar) ialah dibaris sukun (dimatikan kerana dibaca waqaf). Akan tetapi apabila ia (huruf Ra) berada sebelum huruf Hamzah pada kalimah Allah yang kedua yang dibaris fathah, maka ia diberikan baris fathah (jika dibaca sambung atau wasal), sama seperti firman Allah ألم، الله surah Ali 'Imran (Alif - Laam - MiiMA Allah... jika dibaca wasal atau sambung)…”

‘Ali bin Sultan Muhammad al-Qari di dalam Mirqah al-Mafatih 2/312 menyebut perkara yang sama ketika menerangkan ungkapan Nabi SAW kepada Abi Mahzurah (أبو محذورة) ketika baginda mengajarkannya laungan azan dengan sabda baginda yang berbentuk arahan:

“KatakanAllahu Akbar, Allahu akbar.” Iaitulah dengan disukunkan huruf Ra… demikianlah beliau mendengarnya secara mauquf (dibaca secara waqaf huruf Ra) tanpa perlu diberikan baris pada potongan-potongan (seruan azan), seperti ungkapan mereka pada Hayya ‘ala al-Solaah dan Hayya ‘ala al-Falah (tidak perlu disambung dan diletakkan baris pada akhir kalimah solah dan falah kerana diwaqafkan).” 

Seterusnya beliau menukilkan perkara Ibn Hajar yang berkata: 

“Disunatkan bagi seorang muazzin waqf atas setiap kalimah dari empat kalimah ini (empat kali takbir) dan demikianlah pada kalimah selepasnya kerana ia diriwayatkan secara mauquf (tidak dibaca sambung). Jika ia dibaca sambung (dan diberikan baris) maka menyalahi sunnah.” Berdasarkan pandangan majoriti ulama (jika dibaca sambung) ia diberikan baris dhommah (baris hadapan) untuk huruf Ra. Manakala al-Mubarrid memilih diberikan baris fathah (jika dibaca sambung), kerana baris fathah lebih ringan (berbanding dhommah)…”

  1. Manakala Lafaz ketigaAllahu akbar - Allahu akbar, itulah yang lebih menepati sunnah seperti kenyataan Ibn Hajar berdasarkan nukilan di dalam Mirqah al-Mafatih.

 

(Panduan hukum ini yang dijawab oleh Unit Buhuth Jabatan Mufti Negeri Perlis adalah bukan merupakan keputusan rasmi Fatwa Negeri Perlis)