Hukum & risiko menyimpan rahsia anak luar nikah yg diketahui

Hukum & risiko menyimpan rahsia anak luar nikah yg diketahui

Salam Dr Maza,

Semoga ustaz sentiasa berada dalam keadaan kesihatan yang baik. Saya nak minta pendapat ustaz tentang status kami yang mengetahui bab isu anak luar nikah sedara kami. Berdosa kah kami menyimpan rahsia saudara kami ini sbb kami pernah membayangkan senario begini ustaz:

Sekiranya tiba masa utk anak ini utk bernikah, dan ibunya telah meninggal dunia tanpa sempat memberitahu perkara sebenar (dan hanya kami yg mengetahui perkara ini) adakah wajib bagi kami utk memberitahu perkara sebenar kepada keluarga mereka atau terus mendiamkan diri? Kami faham ini melibatkan nasab keturunan anak itu tetapi adakah kami akan turut berdosa jika terus membiarkan perkara ini berlaku? Harap ustaz dpt membantu kami yg buntu walaupun hanya membayangkan perkara ini terjadi di masa hadapan. Ibu kami ada menasihati saudara ini agar memberitahu perkara sebenar tetapi buat masa ini saudara kami berkata dia malas memikirkan tentang isu itu. Harap ustaz dpt membantu.

Terima kasih ustaz.

Jawapan:

Haram membuka aib orang lain, apatah lagi saudara sendiri. Perkahwinan nanti tiada kaitan dengan hal tersebut dan pernikahan tersebut adalah sah, walau siapapun bapanya.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 883
Semalam 1201
Minggu Ini 3057
Bulan Ini 5103

Keseluruhan 3615143

   Masa Capaian : 0.98 saat    Kemaskini :  06/5/2026