Hukum Taklik

Hukum Taklik

Soalan:

Saya seorang peminat haiwan eksotik, membelanjakan wang yang agak banyak untuk minat saya tersebut. Disebabkan perkara ini, saya telah melafazkan taklik dengan berkata: “Jika saya berterusan memelihara haiwai eksotik, maka isteri saya tertalak.”

Saya melafazkan taklik ini semata-mata bertujuan menghalang dan mematikan minat saya berterusan memelihara haiwan tersebut yang memakan belanja yang agak tinggi. Saya sangat sayangkan isteri saya dan tidak mahu menceraikannya. Masalahnya sehingga sekarang saya masih memelihara haiwan tersebut. Apakah telah berlaku talak?

Jawapan:

Fatwa Perlis (sila klik untuk membaca fatwa: https://muftiperlis.gov.my/index.php/en/himpunan-fatwa-negeri/124-hukum-taklik-talak-tiga) memutuskan, talak yang diungkapkan secara taklik yang tidak memaksudkan hendak mentalakkan isteri, sebaliknya bertujuan menghalang diri dari melakukan sesuatu yang tidak dikehendaki, maka lafaz seperti itu masuk dalam kategori lafaz sumpah. Ia tidak memberi kesan kepada talak.

Oleh yang demikian, apabila saudara telah melanggar taklik tersebut, maka wajib saudara melaksanakan kaffarah sumpah, iaitu sama ada memerdekakan seorang hamba atau memberi makan 10 orang miskin atau memberi pakaian kepada 10 orang miskin. Jika tidak mampu melakukan tiga perkara ini, anda boleh berpuasa tiga hari dan tidak diwajibkan berturutan.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 884
Semalam 1201
Minggu Ini 3058
Bulan Ini 5104

Keseluruhan 3615144

   Masa Capaian : 0.98 saat    Kemaskini :  06/5/2026