Wajib Mematuhi Peraturan Jalan Raya

Wajib Mematuhi Peraturan Jalan Raya

Soalan:
Apakah hukum mematuhi peraturan jalan raya, seperti lampu isyarat, had laju dan seumpamanya?

Jawapan:

Wajib Mematuhi Peraturan Jalan Raya. Undang-undang lalu lintas dan isyarat-isyaratnya adalah wajib dipatuhi oleh masyarakat atas arahan pemerintah, Allah SWT berfirman dalam perkara ini:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنكُمْ ۖ

“Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah, taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di kalangan kamu” (Surah An-Nisa’: 59).

Kepatuhan ini berkaitan dengan kepentingan umum serta bertujuan menghindari kemudaratan khusus dan umum. Melainkan dalam keadaan darurat dan keperluan, seperti dalam situasi kecemasan, dengan syarat keselamatan terjamin ketika melakukannya. (Lihat al-Muqaddimah Fi Fiqh al-‘Asr oleh Dr. Fadhal bin Abdullah bin Murad)

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 2223
Semalam 3428
Minggu Ini 9686
Bulan Ini 49073

Keseluruhan 3792702

   Masa Capaian : 1.01 saat    Kemaskini :  14/7/2026