Hukum Terlintas Dalam Fikiran Menceraikan Isteri

 

 

 

cerai1.jpg

 

Soalan:

Saya terlintas dalam fikiran, kalau ulang solat kerana was-was, jatuh satu talak. Tetapi perkara itu saya tidak mahu. Lalu saya berkata: “Aku tak nak ceraikan isteri aku!” Apakah jatuh cerai kerana saya ada menggunakan perkataan cerai?

Jawapan:

  1. Setiap perkara yang terlintas dalam fikiran ia datang diluar kawalan manusia. Maka ia tidak dijadikan ukuran, selagi ia tidak dituturkan dengan sedar pada lidah bagi tujuan mengiyakannya. Nabi SAW bersabda:

إِنَّ اللهَ تَجاوَزَ عَنْ أُمَّتي ما حَدَّثَتْ بِهِ أَنْفُسُها ما لَمْ تَعْمَلْ أَوْ تَتَكَلَّمْ

“Sesungguhnya Allah telah memaafkan umatku terhadap apa yang dibisikkan oleh diri mereka, selagi mereka tidak melakukan apa yang dibisik dalam diri mereka it atau mengucapkannya. (HR al-Bukhari dan Muslim)

2.       Menggunakan lafaz cerai dalam sesuatu ayat, bergantung kepada maksud yang dikehendaki. Jika maksud ayat yang diucapkan merupakan penafian kepada cerai, maka tidak berlaku cerai tanpa sebarang keraguan.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 796
Semalam 1741
Minggu Ini 4222
Bulan Ini 29386

Keseluruhan 3639426

   Masa Capaian : 1.03 saat    Kemaskini :  19/5/2026