Apa Hukum Makan King Crab? Adakah King Crab Halal Dimakan

1

Apa hukum makan king crab? Adakah king crab halal dimakan?

Jawapan:

Secara asasnya hidupan laut adalah halal untuk dimakan. Hal ini berdasarkan firman Allah SWT:

﴾ أُحِلَّ لَكُمۡ صَیۡدُ ٱلۡبَحۡرِ وَطَعَامُهُۥ مَتَـٰعࣰا لَّكُمۡ وَلِلسَّیَّارَةِۖ ﴿

“Dihalalkan bagi kamu haiwan buruan laut dan makanan yang didapati dari laut, sebagai bekalan bagi kamu serta bekalan bagi mereka yang dalam pelayaran”. (Al-Maidah: 96)       

Dalam hadith, seorang lelaki datang berjumpa Nabi SAW dan bertanya tentang hukum berwuduk dengan air laut, lalu Rasulullah SAW menjawab:

هو ‌الطَّهورُ ماؤُهُ، ‌الحِلُّ مَيْتَتُه

“Air (laut) adalah suci, bangkainya juga halal” (HR al-Tirmidzi, bertaraf sahih)

               Ayat al-Quran dan hadith diatas menjadi dalil halal makan haiwan laut, termasuk ‘king crab’ seperti yang dipertanyakan. Habitat ‘king crab’ yang hidup sekitar 200-300 meter di dasar laut menunjukkan ia adalah termasuk haiwan laut. Oleh itu, hukum makan ‘king crab’ adalah halal, sepertimana halalnya makan haiwan laut yang lain. 

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 620
Semalam 1210
Minggu Ini 4236
Bulan Ini 37928

Keseluruhan 3609496

   Masa Capaian : 1.19 saat    Kemaskini :  27/4/2026