• Tiada Penghalang Antara Insan Dengan ALLAH
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 08 Februari 2023
    Tiada Penghalang Antara Insan Dengan ALLAH Antara rahmat ALLAH terhadap seluruh hambaNYA ialah ALLAH tidak meletakkan penghalang atau batasan untuk setiap hamba berbicara denganNYA. Bahkan, tiada masa atau tempat yang boleh menahan munajat, rintihan atau bisikan seorang hamba kepada tuhannya. Allah Maha Mendengar sekalipun tiada suara yang keluar. Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Adil dalam menentukan kedudukan setiap aduan hambaNYA. DIA telah menerima permohonan Iblis... Baca Seterusnya

Hukum Ambil Balik Pemberian Kepada Anak

Bolehkah Ibubapa Ambil Kembali Wang Yang Diberikan Kepada Anak?

Soalan: Jika saya memberikan kepada anak sejumlah wang untuk tujuan tertentu seperti pendidikan, kemudian ada lebihan atau tidak diperlukan lagi, bolehkah saya ambil kembali? bagaimana jika dah masuk akaun? Bolehkah saya menggunakan wang berkenaan untuk tujuan lain?

Jawapan Prof Dato Dr MAZA: Berdasarkan soalan, secara umumnya, bapa atau ibu boleh menggunakan atau mengambil kembali wang yang telah berikan kepada anak-anak. Alasannya;

Pertamanya, wang tersebut adalah wang peruntukan yang dikhususkan untuk tujuan tertentu seperti pelajaran. Ertinya, pemberian itu berkait dengan hal tersebut, maka apabila mereka tidak memerlukannya lagi atau ada lebihan maka ibubapa boleh menggunakannya untuk kemaslahatan yang lain. Penempatan di akaun mereka dalam keadaan itu hanya soal pengurusan ibubapa sahaja.

Kedua, Nabi s.a.w bersabda:

لَا يَحِلُّ لِلرَّجُلِ أَنْ يُعْطِيَ الْعَطِيَّةَ ثُمَّ يَرْجِعَ فِيهَا، إِلَّا الْوَالِدَ فِيمَا يُعْطِي وَلَدَهُ

“Tidak halal seseorang yang memberikan satu pemberian kemudian mengambilnya kembali, kecuali bapa pada apa yang dia berikan kepada anaknya” (Riwayat Abu Daud, Ibn Majah dll. Sahih).

Hadis ini menunjukkan bahawa seseorang tidak boleh mengambil balik apa yang dia telah berikan kepada orang lain, kecuali bapa. Demikian juga ibu, hukumnya dalam perkara ini sama seperti bapa di sisi majoriti para ulama. Kata al-Son’ani (meninggal 1182): “Pada ungkapan “kecuali bapa” dalil bahawa boleh bapa menarik balik apa yang diberikan kepada anaknya samada anaknya telah besar atau masih kecil…hukum bagi ibu sama dengan bapa pada kebanyakan ulama”. (al-Son’ani, Subul al-Salam, 3/174. Beirut: Muassasah Fuad).

Dengan itu ibubapa boleh mengambil kembali pemberian kepada anak-anaknya terutamanya jika ada keperluan. Sementara dalam masa yang sama, perlu kita ingat bahawa membekalkan anak-anak simpanan masa hadapan untuk kemaslahatan meeka adalah suatu perbuatan baik yang disukai di sisi agama. Inilah nasihat Nabi s.a.w yang wajar kita melakukannya. Sabda Nabi:

إِنَّكَ أَنْ تَذَرَ وَرَثَتَكَ أَغْنِيَاءَ، خَيْرٌ مِنْ أَنْ تَذَرَهُمْ عَالَةً يَتَكَفَّفُونَ النَّاسَ

“Engkau meninggalkan waris engkau dalam keadaan kaya, itu lebih baik daripada engkau meninggalkan mereka dalam keadaan miskin meminta-minta kepada manusia” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

JABATAN MUFTI

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 1164
Semalam 1356
Minggu Ini 1164
Bulan Ini 2520

Keseluruhan 2012329

   Masa Capaian : 0.84 saat    Kemaskini :  27/9/2023