FAQHubungiMaklumbalasPeta Laman
Pilihan Bahasa
msen
Saiz Teks
Tazkirah Ringkas
  • Syurga Penawar Duka..

    Syurga Penawar Duka..

    Information
    21 September 2022
    Syurga Penawar Duka.. Jannah atau syurga merupakan khabar gembira dan pengubat dukacita insan terhadap apa sahaja kesakitan yang dilalui dalam kehidupan dunia ini. Segala derita dan keperitan dunia amatlah kerdil jika seseorang dapat memperolehi syurga. Betapa hebatnya keindahan dan kenikmatan yang maha agung yang dijanjikan oleh Allah kepada hamba-hambaNYA yang akan menghuni syurga. Apabila insan bangun setiap pagi di kesunyian malam yang akhir, membaca al-Quran dalam... Baca seterusnya

SAHKAH POLIGAMI TANPA IZIN KADI?
 
 
Malangnya, kebelakangan ini ada pihak yang kononnya ingin menentang apa yang mereka namakan 'scam' yang disandarkan kepada peruntukan syarak iaitu poligami lalu mereka panggil 'scam poligami'. Slogannya macam ingin menentang suami yang tidak ikut peraturan tetapi kelihatan halatujunya cuba menjadikan poligami sebagai konotasi buruk dalam kehidupan.
 
Aliran seperti itu amat bahaya. Mereka cuba berlapik bagi menjaga sensitiviti Umat Islam, tetapi dalam kempen mereka ada racun memberikan gambaran buruk terhadap hukum syarak. Mereka cuba menafikan menentang hukum, tetapi jika kita lihat kesimpulan argumentasi mereka ialah ke arah menutup pintu poligami dan menjadikan mengamalnya di 'kandang orang salah'. Bahkan, mereka juga kadangkala menjadi 'batu api' bagi menegangkan hubungan rumahtangga mereka yang berpoligami. Hasutan mereka boleh menimbulkan dendam dalam jiwa isteri-isteri pertama. Padahal banyak ruang yang mendamaikan yang wajar dilakukan. Bagi mereka yang muslim, hendaklah berhati-hati dengan hal ini kerana berkempen dengan nada ini dibimbangi membawa anda ke jalan yang salah.
 
Di sini, saya letakkan kembali jawapan saya 11 tahun lepas tentang isu ini;
 
๐‘บ๐’๐’‚๐’๐’‚๐’: Apakah hukum seseorang yang berpoligami tanpa keizinan isteri ataupun kadi. Mereka ini berkahwin di luar negara. Syarat kahwin mereka memang cukup tapi isteri pertama tidak setuju dan keizinan kadi tempatan juga tidak diminta. Apakah sah perkahwinan mereka? Apakah jaminan dia mampu adil?
 
๐™…๐™–๐™ฌ๐™–๐™ฅ๐™–๐™ฃ ๐˜ฟ๐™ง ๐™ˆ๐˜ผ๐™•๐˜ผ
1. Poligami adalah peruntukan yang berikan oleh syarak kepada lelaki. Dengan peruntukan tersebut lelaki boleh mengahwini wanita lebih daripada seorang dan tidak melebihi empat orang. Ia bukan satu kewajipan, tetapi satu keizinan syarak. Adalah menjadi kewajipan bagi setiap muslim beriktikad bahawa hukum-hakam syarak yang diturunkan Allah S.W.T bukan untuk kepentingan zatNya yang agung, kerana Dia Maha Suci daripada bergantung kepada makhluk. Segala apa yang diturunkanNya adalah li maslahah al-`Ibad iaitu untuk kemaslahatan atau kepentingan hamba-hambaNya. Kata al-Imam `Izz al-Din `Abd al-Salam (meninggal 660H): dalam Qawa`id al-Ahkam fi Masalih al-Anam: โ€œKita telah ketahui daripada sumber-sumber syarak bahawa tujuan (hukum-hakam) syarak ialah untuk kemaslahatan hamba-hambaNya di sudut agama dan akhirat mereka. Bukannya masaqqah (kesusahan dalam mengamalkan syariat) itu yang dimaksudkan dengan kemaslahatan, tetapi maksudnya ialah apa yang diperolehi hasil dari masaqqah tersebut. Ini sama seperti seseorang doktor yang menyuruh pesakitnya meminum ubat yang sangat pahit. Tujuannya hanyalah untuk mengubatiโ€. (Izz al-Din `Abd al-Salam, Qawa`id al-Ahkam fi Masalih al-Anam, 1/29, Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah)
 
2. Kata Dr Yusuf al-Qaradawi: โ€œInilah apa yang diraikan oleh Syariat Islam dalam persoalan poligami, ia telah menimbang antara segala kebaikan dan keburukan, segala manfaat dan mudarat, kemudian ia mengizinkannya kepada sesiapa yang perlu dan dikawal dengan syarat bahawa pengamalnya percaya terhadap dirinya bahawa dia dapat menjaga keadilan dan tidak takut berlakunya kezaliman dan berat sebelah. Firman Allah dalam Surah al-Nisa ayat 30: (maksudnya):โ€œJika kamu takut tidak berlaku adil maka hanya seorang isteriโ€. (Al-Qaradawi, Markaz al-Marโ€™ah fi al-Hayat al-Islamiyyah, m.s 133-134. Mesir: Maktabah Wahbah)
 
3. Suami yang tidak dapat menunaikan tanggungjawab sebagai suami ketika beristeri seorang sudah pasti lebih tidak mampu jika berlaku tambahan isteri. Maka, suami seperti itu haram dia berpoligami kerana hanya akan membawa kepada kezaliman.
 
4. Keadilan merupakan syarat yang Allah letakkan atas bahu suami untuk adil antara isteri melainkan jika ada isteri yang menarik haknya seperti isteri Nabi s.a.w Saudah binti Zamโ€™ah yang memberikan hak giliran harinya kepada โ€˜Aishah. Riwayat Aishah menyebut:
ู…ูŽุง ุฑูŽุฃูŽูŠู’ุชู ุงู…ู’ุฑูŽุฃูŽุฉู‹ ุฃูŽุญูŽุจู‘ูŽ ุฅูู„ูŽูŠู‘ูŽ ุฃูŽู†ู’ ุฃูŽูƒููˆู†ูŽ ูููŠ ู…ูุณู’ู„ูŽุงุฎูู‡ูŽุง ู…ูู†ู’ ุณูŽูˆู’ุฏูŽุฉูŽ ุจูู†ู’ุชู ุฒูŽู…ู’ุนูŽุฉูŽุŒ ู…ูู†ู ุงู…ู’ุฑูŽุฃูŽุฉู ูููŠู‡ูŽุง ุญูุฏู‘ูŽุฉูŒุŒ ู‚ูŽุงู„ูŽุชู’: ููŽู„ูŽู…ู‘ูŽุง ูƒูŽุจูุฑูŽุชู’ุŒ ุฌูŽุนูŽู„ูŽุชู’ ูŠูŽูˆู’ู…ูŽู‡ูŽุง ู…ูู†ู’ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ู„ูุนูŽุงุฆูุดูŽุฉูŽุŒ ู‚ูŽุงู„ูŽุชู’: ูŠูŽุง ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ู‡ูุŒ ู‚ูŽุฏู’ ุฌูŽุนูŽู„ู’ุชู ูŠูŽูˆู’ู…ููŠ ู…ูู†ู’ูƒูŽ ู„ูุนูŽุงุฆูุดูŽุฉูŽุŒ ยซููŽูƒูŽุงู†ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽุŒ ูŠูŽู‚ู’ุณูู…ู ู„ูุนูŽุงุฆูุดูŽุฉูŽ ูŠูŽูˆู’ู…ูŽูŠู’ู†ูุŒ ูŠูŽูˆู’ู…ูŽู‡ูŽุง ูˆูŽูŠูŽูˆู’ู…ูŽ ุณูŽูˆู’ุฏูŽุฉูŽยป
โ€œAku tidak dapati seorang wanita berkesungguhan yang paling aku suka menjadi sepertinya lebih daripada Saudah binti Zamโ€™ahโ€. Apabila dia sudah tua dia berikan giliran harinya bersama Rasulullah s.a.w untuk โ€˜Aishah. Kata Saudah: โ€œWahai Rasulullah! Aku berikan giliranku bersamamu kepada โ€˜Aishahโ€. Maka Rasulullah s.a.w menjadikan untuk โ€˜Aishah dua hari; satu harinya sendiri dan satu lagi hari Saudahโ€. (Riwayat Muslim)
 
Maka jika ada isteri menarik hak kesamaan dalam pemberian harta ataupun giliran hari maka tidak mengapa jika suami tidak membahagikannya secara adil. Namun penarikan hak itu hendaklah dengan pilihan isteri, bukan paksaan.
 
5. Sebenarnya, kecuaian dan kezaliman rumah tangga tidak berfaktor dari poligami. Bahkan ia berfaktorkan sikap suami itu sendiri. Kata Dr. Wahbah al-Zuhaili: โ€œBukanlah poligami yang menyebabkan anak-anak terbiar seperti yang didakwa mereka. Sebaliknya berpunca dari pengabaian bapa terhadap pendidikan anak-anak, mabuk arak, ketagihan dadah, tenggelam dalam nafsu, berjudi, berulang-alik ke kedai kopi, pengabaian keluarga dan lain-lainโ€. (Wahbah al-Zuhaili, Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, 7/173, Beirut: Dar al-Fikr)
 
6. Kecuaian terhadap isteri berpunca dari sikap, bukan berpunca dari poligami. Itulah sebab kita lihat ramai suami yang monogami tetapi tetap menzalimi isteri dan anak-anak. Jika dia berpoligami maka keadaan lebih teruk. Haram lelaki zalim seperti itu berpoligami.
 
7. Ada sesetengah pihak menafsirkan ayat Allah dalam Surah al-Nisaโ€™ ayat 129:
ูˆูŽู„ูŽู†ู’ ุชูŽุณู’ุชูŽุทููŠุนููˆุง ุฃูŽู†ู’ ุชูŽุนู’ุฏูู„ููˆุง ุจูŽูŠู’ู†ูŽ ุงู„ู†ู‘ูุณูŽุงุกู ูˆูŽู„ูŽูˆู’ ุญูŽุฑูŽุตู’ุชูู…ู’
(maksudnya) โ€œDan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya).
 
Kata mereka ayat ini membatalkan apa yang disebut dalam ayat 3 dalam surah yang sama :
ููŽุฅูู†ู’ ุฎููู’ุชูู…ู’ ุฃูŽู„ู‘ูŽุง ุชูŽุนู’ุฏูู„ููˆุง ููŽูˆูŽุงุญูุฏูŽุฉู‹
(maksudnya): โ€œJika kamu takut tidak berlaku adil maka hanya seorang isteriโ€.
 
Sebenarnya dakwaan ini secara tidak langsung seakan tohmahan terhadap Nabi s.a.w., para sahabah dan generasi para ulama Islam sejak dahulu seakan-akan mereka semua tidak memahami al-Quran sehingga mengharuskan poligami untuk diri mereka dan umat.
 
8. Sebenarnya, ayat 129 Surah al-Nisaโ€™ itu membicarakan tentang keadilan mutlak yang tidak mungkin dapat diberikan oleh insan. Keadilan mutlak membabitkan semua aspek; perasaan kasih sayang yang ada di dalam perasaan, cara hubungan seks dan segalanya. Ini semua bukan dalam batas kemampuan insan. Sehinggakan insan tidak mampu menjadikan kadar kasih sayangnya terhadap anak-anaknya sama, demikian jugalah terhadap isteri-isterinya. Bagi anak yang lebih manja dan pandai mengambil hatinya tentu perasaan cintanya lebih. Demikian juga isteri.
 
9. Namun apa yang dituntut oleh Islam ialah agar persoalan akhlak pergaulan dan sikap, persoalan kebendaan hendaklah dalam timbangan keadilan dan kesaksamaan kerana itu dalam batas kemampuan insan. Tidak boleh dijadi perasaan cinta di dalam hati membawa kepada ketidakadilan dalam tindakan. Oleh itu sambungan ayat itu menyebut:
ููŽู„ูŽุง ุชูŽู…ููŠู„ููˆุง ูƒูู„ู‘ูŽ ุงู„ู’ู…ูŽูŠู’ู„ู ููŽุชูŽุฐูŽุฑููˆู‡ูŽุง ูƒูŽุงู„ู’ู…ูุนูŽู„ู‘ูŽู‚ูŽุฉู ูˆูŽุฅูู†ู’ ุชูุตู’ู„ูุญููˆุง ูˆูŽุชูŽุชู‘ูŽู‚ููˆุง ููŽุฅูู†ู‘ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูŽ ูƒูŽุงู†ูŽ ุบูŽูููˆุฑู‹ุง ุฑูŽุญููŠู…ู‹ุง
(maksudnya) oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung (di awan-awan); dan jika kamu memperbaiki (keadaan yang pincang itu), dan memelihara diri (daripada perbuatan yang zalim), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
 
10. Nabi s.a.w menyebut dalam hadis:
ุนูŽู†ู’ ุนูŽุงุฆูุดูŽุฉูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽุชู’ ูƒูŽุงู†ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ูŠูŽู‚ู’ุณูู…ู ููŽูŠูŽุนู’ุฏูู„ู ูˆูŽูŠูŽู‚ููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ู‡ูŽุฐูŽุง ู‚ูŽุณู’ู…ููŠ ูููŠู…ูŽุง ุฃูŽู…ู’ู„ููƒู ููŽู„ูŽุง ุชูŽู„ูู…ู’ู†ููŠ ูููŠู…ูŽุง ุชูŽู…ู’ู„ููƒู ูˆูŽู„ูŽุง ุฃูŽู…ู’ู„ููƒู. ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฃูŽุจูˆ ุฏูŽุงูˆุฏ ูŠูŽุนู’ู†ููŠ ุงู„ู’ู‚ูŽู„ู’ุจูŽ
Daripada `Aisyah R.A: Bahawa Nabi S.A.W membahagikan hak di antara isteri baginda dengan adil. Baginda bersabda: Ya Allah inilah pembahagianku apa yang miliki, jangan Engkau salahku dalam apa yang aku tidak miliki. Kata Abu Daud -ketika meriwayat hadis ini โ€“ (maksud apa yang aku tidak miliki) ialah jantung hati. (Riwayat al-Nasai, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ibn Majah. Al-Hakim mensahihkannya dalam Al-Mustadrak)
 
Maksudnya cinta dan kecenderungan jantung hati tidak mampu dimiliki dan ditentukan keadilan pembahagiannya.
 
11. Maka kecenderungan hati yang menyebabkan tidak sama dalam rasa kasih sayang tidak dianggap salah di sisi Allah selagi mana ia tidak diterjemahkan menjadi ketidakadilan itu dalam bentuk tindakan. Inilah maksudnya ayat tersebut.
 
Al-Imam al-Qurtubi (meninggal 671H) ketika menafsirkan ayat 129 Surah al-Nisa tadi menyebut: โ€œDalam ayat tersebut Allah memberitahu ketidakmampuan melakukan keadilan di antara isteri dalam kecenderungan tabii seperti cinta, hubungan seks dan perasaan dalam jantung hati. Maka Allah mensifatkan hal manusia bahawa mereka dengan sifat semulajadinya tidak dapat mengawal kecenderungan jantung hati mereka kepada sesuatu perkara atau sebaliknya...kemudian Allah melarang manusia dengan firmanNya: (maksudnya) โ€œjanganlah kamu cenderung dengan melampauโ€ yakni jangan kamu sengaja menyakiti, sebaliknya hendak sama rata dalam pembagian dan nafkah, kerana ini perkara yang seseorang mampu melakukannyaโ€. (Al-Qurtubi , Al-Jami li Ahkam al-Quran 5/407. Beirut: Dar al-Fikr)
 
12. Adapun pandangan yang mensyaratkan keizinan isteri pertama atau kadi atau mahkamah syariah bagi sesiapa yang ingin berpoligami adalah sesuatu yang bersifat pentadbiran tetapi bukanlah syarat sah perkahwinan. Ertinya, dari segi syarak sah perkahwinan tersebut apabila cukup rukun nikah sekalipun tanpa keizinan kadi.
 
13. Para ulama kontemporari ramai juga yang membantah meletakkan syarat poligami pada keizinan kadi. Masalah keadilan suami adalah sesuatu yang tidak dapat dinilai sebelum perkahwinan berlaku. Bagaimanakah mungkin seseorang kadi atau sesuatu pihak dapat mendakwa bahawa si pulan jika beristeri dua tidak akan adil? Bagaimanakah pula seseorang dapat memutuskan si pulan yang lain jika beristeri dua adil? Bahkan ada orang yang disangka adil tetapi ternyata sebaliknya.
 
14. Jika si suami mempunyai rekod ketidak mampuan nafkah, kecuaian ataupun kezaliman ke atas isteri yang sedia ada maka tindakan hendaklah diambil sejak awal lagi bukan menunggu poligami. Kadi hendaklah memberi ruang untuk si isteri menuntut fasakh dan menghukum kecuaian ataupun kezaliman suami. Mahkamah yang menyukarkan isteri menuntut fasakh adalah punca kezaliman rumah tangga berterusan, samada dalam kes monogami ataupun poligami.
 
15. Sikap adil atau bertanggungjawab terhadap isteri bukan hanya kepada yang berpoligami tetapi juga kepada yang beristeri satu (monogami). Kalau hak ini diberikan kepada kadi maka nanti yang ingin berkahwin satu juga akan dinilai oleh kadi sama dia boleh bertanggungjawab atau tidak. Kemudian nanti yang ingin menambah anak atau memperolehi anak juga akan dinilai dia mampu atau tidak? Apakah kita lupa, ramai yang berubah menjadi lebih cemerlang selepas perkahwinan, atau rezeki semakin bertambah selepas bertambah bilangan anak.
 
16. Sebab itulah Majmaโ€™ al-Buhuth al-Islamiyyah (Islamic Research Assembly) pada muktamarnya yang kedua di Kaherah tahun 1975 membuat keputusan seperti berikut: โ€œAdapun berhubung dengan poligami, maka pihak muktamar memutuskan bahawa ia adalah harus dengan jelasnya berdasarkan nas-nas al-Quran al-Karim juga dengan syarat-syarat yang berkaitan dengannya. Adapun penggunaan hak ini adalah terpulang kepada pihak suami, ia tidak memerlukan keizinan kadiโ€.
 
17. Tokoh fekah zaman ini, Dr. Abd al-Karim Zaidan menyebut di dalam bukunya Al-Mufassal fi Ahkam al-Marah: โ€œAku melihat tidak harus dari segi syarak memberikan kelayakan berpoligami ditentukan kadi, atau mengaitkan keharusan berpoligami dengan izin kadi.โ€ Kata beliau juga: โ€œAntara bukti yang menyokong keputusan Majmaโ€™ al-Buhuth al-Islamiyyah di atas ialah tidak pernah disebutkan kepada kita pada mana-mana zaman Islam, sejak Rasulullah s.a.w sehingga ke zaman selepasnya bahawa sesiapa daripada kalangan fuqaha (ulama feqah) mensyaratkan keizinan kadi untuk sesiapa yang ingin berpoligami. Kalaulah syarat ini disyariatkan maka sudah tentu kitab-kitab fekah dan kehakiman menyebut berlakunya atau cadangan mengenainya. Apabila ia tidak menyebut hal ini sedikit pun, maka inilah dalil yang putus terhadap ijmaโ€™ sukuti (ijmak secara diam) mengenai tidak dikaitkan keharusan berpoligami dengan keizinan kadi. Maka cadangan untuk itu sekarang ini adalah memecahkan ijmakโ€ (โ€˜Abd al-Karim Zaidan, Al-Mufassal fi Ahkam al-Marah ุงู„ู…ูุตู„ ููŠ ุฃุญูƒุงู… ุงู„ู…ุฑุฃุฉ, 6/294. Beirut: Muassasah al-Risalah).
 
18. Dr Wahbah al-Zuhaili juga membantah pandangan yang mensyaratkan izin kadi ini dengan memberikan beberapa hujahnya di dalam al-Fiqh al-Islami. Sila yang ingin pendetilan rujuk di bawah tajuk ุงู„ุฏุนูˆุฉ ุฅู„ู‰ ุฌุนู„ ุชุนุฏุฏ ุงู„ุฒูˆุฌุงุช ุจุฅุฐู† ุงู„ู‚ุงุถูŠ (Seruan Kepada Dijadikan Keiizinan Berpoligami Dengan Izn Kadi). Antara tokoh lain ialah Dr.Muhammad `Uqlah dalam bukunya Nizam al-Usrah fi Al-Islam yang menganggap syarat keizinan kadi sebagai pemikiran yang bid`ah dan boleh membawa kepada hubungan zina.
 
19. Jika ternyata suami tidak adil, maka isteri boleh mengangkat kes kepada kadi dan boleh menuntut fasakh.