• Tiada Penghalang Antara Insan Dengan ALLAH
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 08 Februari 2023
    Tiada Penghalang Antara Insan Dengan ALLAH Antara rahmat ALLAH terhadap seluruh hambaNYA ialah ALLAH tidak meletakkan penghalang atau batasan untuk setiap hamba berbicara denganNYA. Bahkan, tiada masa atau tempat yang boleh menahan munajat, rintihan atau bisikan seorang hamba kepada tuhannya. Allah Maha Mendengar sekalipun tiada suara yang keluar. Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Adil dalam menentukan kedudukan setiap aduan hambaNYA. DIA telah menerima permohonan Iblis... Baca Seterusnya

Raja Perlis dan Tugu Negara

KISAH RAJA PERLIS DAN TUGU NEGARA
 
Salah satu kisah yang sering baginda ulang -mungkin dekat di hati baginda- ialah ketika baginda diminta oleh Pihak Kerajaan ketika itu untuk melakukan upacara meletakkan kalungan bunga di Tugu Negara sebagai satu penghormatan kepada tugu dan para pahlawan negara. Baginda menjawab kepada pihak yang meminta: “Untuk Angkatan Tentera saya akan melakukan apa sahaja. Namun, meletakkan kalungan bunga di tugu, itu tidak dapat saya lakukan. Itu mempunyai unsur syirik”.
 
Memandangkan baginda tidak berkenan melakukan hal tersebut, Pihak Kerajaan ketika itu menghantar salah seorang anggota kabinet untuk memujuk DYMM Tuanku. Baginda menjawab kepada menteri berkenaan: “Apakah bezanya perbuatan tersebut dengan perbuatan meletakkan bunga (memuliakan) di pongsu (maksudnya di tunggul batu atau patung)? Itu mempunyai unsur syirik. Kalau kerana hendak menjadi Yang Di-Pertuan Agong saya terpaksa melakukan hal itu, saya sanggup segera balik ke Perlis. Saya tidak sanggup masuk neraka kerana syirik hanya disebabkan perkara ini”.
 
Akhirnya, Pihak Kerajaan ketika itu bersetuju bahawa DYMM Yang Di-Pertuan Agong tidak perlu melakukan upacara tersebut. Semoga ALLAH mengganjari DYMM Raja Perlis atas pendirian tegas baginda dalam hal tersebut.

JABATAN MUFTI

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 1066
Semalam 1356
Minggu Ini 1066
Bulan Ini 2422

Keseluruhan 2012231

   Masa Capaian : 0.87 saat    Kemaskini :  27/9/2023