KEPUTUSAN MESYUARAT
JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-69/2024
14-15 OGOS 2024 / 9-10 SAFAR 1446
Bil. 4/69 TAHUN 2024
HUKUM MENARIK LAFAZ TALAK SECARA TAKLIK
Talak secara taklik dengan niat talak bagi perkara yang sudah terjadi tidak boleh ditarik balik kerana talaknya sudah berlaku.
Adapun talak secara taklik dengan niat talak bagi perkara yang belum terjadi, maka talak secara taklik itu boleh ditarik balik dan penarikan balik itu hendaklah dimaklumkan kepada Isteri atau pihaknya yang boleh dipercayai. Dalam masa yang sama pihak berkuasa agama dicadangkan mengenakan hukuman takzir kerana menyalahgunakan peruntukan syarak.
Dengan fatwa ini, maka keputusan fatwa pada 2 Disember 1999 (Tajuk: Adakah semua jenis cerai taklik menjatuhkan talak dan adakah ia boleh ditarik balik?) berkaitan dengan tidak boleh menarik balik taklik adalah tidak lagi dipakai.
- TAMAT –
KEHADIRAN DAN PERSETUJUAN OLEH:
- Sahibus Samahah Profesor Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin
- Sahibul Fadhilah Ustaz Tajul Urus bin Abdul Halim
- Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle
- Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Basri bin Ibrahim
- Sahibul Fadhilah Dr. Hj Zaharuddin bin Hj Abdul Rahman
- Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Azman Bin Mohd Noor
- Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Mohd Akram bin Dato’ Dahaman @ Dahlan
- Sahibul Fadhilah Dr. Ahmad Sufian bin Che Abdullah
- Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar
- Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar bin Syed Kamal Bharin
- Sahibul Fadhilah Dr. Muhammad Lukman bin Mat Sin
- Sahibul Fadhilah K.H Dr Zaitun bin Rasmin
- Sahibul Fadhilah Ustaz Aidil bin Abdul Rahman
- Al-Fadhil Ustaz Muhammad Khidhir bin Abdul Ghani – Setiausaha
DIPERAKUKAN dalam Persidangan Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 5 / 2024 pada 13 September 2024.