KEPUTUSAN MESYUARAT
JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-69/2024
14-15 OGOS 2024 / 9-10 SAFAR 1446
Bil. 3/69 TAHUN 2024
WALI PERKAHWINAN SEORANG JANDA
Seorang janda yang ingin melangsungkan perkahwinan wajib mendapat persetujuan wali nasab. Jika wali nasab tiada atau enggan, seorang janda tetap boleh meneruskan perkahwinannya dengan menggunakan wali hakim jika dia dapat membuktikan bakal pasangannya sekufu. Ini berasaskan hadis:
الثَّيِّبُ أَحَقُّ بِنَفْسِهَا مِنْ وَلِيِّهَا
Maksudnya: “Seorang janda lebih berhak terhadap dirinya berbanding walinya.” (Muslim)
Dengan itu, jika pihak berkuasa agama mendapati terdapat bukti yang boleh diterima menunjukkan keengganan wali nasab seorang janda, maka perkahwinan boleh diteruskan dengan menggunakan wali hakim.
- TAMAT –
KEHADIRAN DAN PERSETUJUAN OLEH:
- Sahibus Samahah Profesor Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin
- Sahibul Fadhilah Ustaz Tajul Urus bin Abdul Halim
- Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle
- Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Basri bin Ibrahim
- Sahibul Fadhilah Dr. Hj Zaharuddin bin Hj Abdul Rahman
- Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Azman Bin Mohd Noor
- Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Mohd Akram bin Dato’ Dahaman @ Dahlan
- Sahibul Fadhilah Dr. Ahmad Sufian bin Che Abdullah
- Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar
- Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar bin Syed Kamal Bharin
- Sahibul Fadhilah Dr. Muhammad Lukman bin Mat Sin
- Sahibul Fadhilah K.H Dr Zaitun bin Rasmin
- Sahibul Fadhilah Ustaz Aidil bin Abdul Rahman
- Al-Fadhil Ustaz Muhammad Khidhir bin Abdul Ghani – Setiausaha
DIPERAKUKAN dalam Persidangan Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 5 / 2024 pada 13 September 2024.