• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

GARIS PANDUAN PENGANJURAN PERTANDINGAN MEMIKAT BURUNG MERBOK

 

KEPUTUSAN MESYUARAT KHAS

JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS BIL. 1 /2023

8 SEPTEMBER 2023 / 22 SAFAR 1445

                              Bil. 1 TAHUN 2023                                

 

GARIS PANDUAN PENGANJURAN PERTANDINGAN MEMIKAT BURUNG MERBOK

 

  1. Pihak penganjur tidak boleh menggunakan sebahagian atau keseluruhan daripada yuran peserta sebagai hadiah pertandingan atau cabutan bertuah. Ini bagi mengelakkan berlakunya perjudian.
  1. Bagi membolehkan yuran penyertaan dijadikan hadiah, maka disyaratkan sekurang-kurangnya 1/3 daripada peserta yang berkelayakan dikecualikan yuran penyertaan.
  1. Hadiah dalam apa jua bentuk boleh diperoleh daripada penaja atau pihak lain (termasuk peserta) yang tidak membabitkan yuran penyertaan.
  1. Pihak penganjur hendaklah menyatakan secara jelas kepada peserta bahawa yuran penyertaan tidak membabitkan hadiah sebaliknya hanya untuk urusan penganjuran.
  1. Pertandingan tidak menyebabkan berlaku penganiayaan kepada binatang, kepercayaan khurafat dan apa-apa perlanggaran hukum syarak.
  1. Pihak penganjur boleh mengambil keuntungan daripada yuran penyertaan yang dikenakan sebagai caj perkhidmatan.

 

- TAMAT -

 

DISAHKAN dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Kali Ke - 65 / 2023 Pada 16-17 Oktober 2023 / 1-2 Rabiul Akhir 1445

Kehadiran Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis:

  1. Sahibus Samahah Profesor Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin
  2. Sahibul Fadhilah Ustaz Tajul Urus bin Abdul Halim
  3. Sahibul Fadhilah Dato’ Dr. Johari bin Mat
  4. Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle
  5. Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Basri bin Ibrahim
  6. Sahibul Fadhilah Dr. Hj Zaharuddin Bin Hj Abdul Rahman
  7. Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Azman Bin Mohd Noor
  8. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Mohd Akram Bin Dato’ Dahaman @ Dahlan
  9. Sahibul Fadhilah Dr. Ahmad Sufian bin Che Abdullah
  10. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar
  11. Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar Bin Syed Kamal Bharin
  12. Sahibul Fadhilah Dr. Muhammad Lukman Bin Mat Sin
  13. Al-Fadhil Ustaz Muhammad Khidhir Bin Abdul Ghani - Setiausaha

DIPERAKUKAN dalam Persidangan Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 6 / 2023 pada 4 Disember 2023.

JABATAN MUFTI

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 1584
Semalam 2772
Minggu Ini 14026
Bulan Ini 41908

Keseluruhan 2532201

   Masa Capaian : 0.83 saat    Kemaskini :  15/5/2024