• Tiada Penghalang Antara Insan Dengan ALLAH
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 08 Februari 2023
    Tiada Penghalang Antara Insan Dengan ALLAH Antara rahmat ALLAH terhadap seluruh hambaNYA ialah ALLAH tidak meletakkan penghalang atau batasan untuk setiap hamba berbicara denganNYA. Bahkan, tiada masa atau tempat yang boleh menahan munajat, rintihan atau bisikan seorang hamba kepada tuhannya. Allah Maha Mendengar sekalipun tiada suara yang keluar. Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Adil dalam menentukan kedudukan setiap aduan hambaNYA. DIA telah menerima permohonan Iblis... Baca Seterusnya

Garis Panduan Jampian

Garis Panduan Jampian

KEPUTUSAN MESYUARAT

JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 63 / 2023

23-24 JULAI 2023 / 5-6 MUHARRAM 1445

       Bil 1/63 Tahun 2023                       

 GARIS PANDUAN JAMPIAN

  1. Hendaklah bebas dari sebarang perkara yang boleh merosak akidah seperti perkataan dan perbuatan yang berunsur syirik dan kufur.
  1. Berjampi dengan ayat al-Quran, atau nama dan sifat Allah SWT, atau berjampi dengan doa yang diajar di dalam sunnah atau dengan apa-apa bacaan dan perbuatan yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam.
  1. Berkeyakinan jampian tidak dapat memberi kesan dengan sendirinya. Kesembuhan sebenarnya dari Allah SWT.
  1. Jika jampian itu dari ayat al-Quran yang ditulis di atas lembaran untuk diminum atau disiram, maka hendaklah ditulis dengan menggunakan bahan dan lembaran yang bersih sebagai menjaga kemuliaan ayat al-Quran.
  1. Penjampi yang berlainan jantina tidak boleh berdua-duaan tanpa kehadiran mahram yang baligh atau pihak lain yang boleh mengelakkan fitnah.
  1. Jika penjampi meletakkan tangan ke atas tubuh atau anggota pesakit hendaklah tidak berlaku perkara yang dilarang oleh syarak seperti berlaku sentuhan antara yang bukan mahram atau pendedahan aurat melainkan dalam keadaan darurat.  
  1. Jika jampian itu membabitkan ayat-ayat al-Quran atau bacaan yang ma’thur, hendaklah dipastikan sebutannya diungkapkan dengan betul.
  2. Penjampi bukan dari kalangan mereka yang menzahirkan perbuatan atau ciri-ciri yang bercanggah dengan syarak, seperti memakai     salib,menggantung  tangkal-tangkal yang dilarang atau zahir dari dirinya unsur-unsur syirik. 
  3. Tidak menggunakan bahan-bahan yang diharamkan di sisi syarak seperti najis, arak, barang curian, atau lambang syirik dan kufur.
  4. Seorang penjampi tidak terlibat dengan hal-hal berikut:
  •      Tidak mengenakan bayaran yang bersifat gharar (tidak jelas dan tidak pasti) yang boleh menyebabkan salah satu pihak merasai dirinya tertipu. 
  •      Membuat tuduhan kepada pihak lain tanpa bukti yang diterima di sisi syarak kerana percaya kepada pengkhabaran jin dan syaitan. 
  •      Melaga-lagakan sesama manusia dengan andaian-andaian yang tidak dapat dibuktikan.
  •      Mendedahkan aib pesakit kepada pihak lain melainkan jika ada keperluan seperti untuk urusan mahkamah atau seumpamanya. 

Kehadiran Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis :

1. YBhg. S.S Profesor Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin - Mufti Negeri Perlis

2. Sahibul Fadhilah Ustaz Tajul Urus bin Abdul Halim – Timbalan Mufti Perlis

3. Sahibul Fadhilah Dato’ Dr. Johari bin Mat

4. Sahibul Fadhilah ProfesorDr. Muhamad Rozaimi bin Ramle

5. Sahibul Fadhilah Profesor Dr.Basri bin Ibrahim

6. Sahibul Fadhilah Dr. Hj Zaharuddin Bin Hj Abdul Rahman

7. Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Azman Bin Mohd Noor

8. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Mohd Akram Bin Dato’ Dahaman @ Dahlan

9. Sahibul Fadhilah Dr. Kamilin bin Jamilin

10. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar

11. Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar Bin Syed Kamal Bharin

12. Sahibul Fadhilah Dr. Muhammad Lukman Bin Mat Sin

13. Ustaz Muhammad Khidhir Bin Abdul Ghani – Setiausaha

DIPERAKUKAN dalam Persidangan Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 5 / 2023 pada 2 Oktober 2023.

JABATAN MUFTI

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 191
Semalam 1899
Minggu Ini 191
Bulan Ini 7106

Keseluruhan 2133269

   Masa Capaian : 0.85 saat    Kemaskini :  01/12/2023