• Tiada Penghalang Antara Insan Dengan ALLAH
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 08 Februari 2023
    Tiada Penghalang Antara Insan Dengan ALLAH Antara rahmat ALLAH terhadap seluruh hambaNYA ialah ALLAH tidak meletakkan penghalang atau batasan untuk setiap hamba berbicara denganNYA. Bahkan, tiada masa atau tempat yang boleh menahan munajat, rintihan atau bisikan seorang hamba kepada tuhannya. Allah Maha Mendengar sekalipun tiada suara yang keluar. Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Adil dalam menentukan kedudukan setiap aduan hambaNYA. DIA telah menerima permohonan Iblis... Baca Seterusnya

Hukum Terjemahan Al-Quran Tanpa Teks Arab

Hukum Terjemahan Al-Quran Tanpa Teks Arab

KEPUTUSAN MESYUARAT

JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 63 / 2023

23-24 JULAI 2023 / 5-6 MUHARRAM 1445

     Bil. 4/63    TAHUN 2023                                

HUKUM TERJEMAHAN AL-QURAN TANPA TEKS ARAB

al-Quran itu telah disampaikan kepada umat Islam turun-temurun secara mutawatir. Lafaznya dalam bahasa Arab melalui berbagai qiraat yang diiktiraf.

Mencetak terjemahan makna al-Quran tanpa teks asal arab boleh menimbulkan kekeliruan terhadap al-Quran yang sebenar, sehingga akan ada yang menyangka teks terjemahan itu adalah al-Quran.

Justeru, dilarang mencetak terjemahan makna al-Quran tanpa disertakan teks asalnya. Jika ada keperluan untuk dicetak terjemahan tanpa teks asal hendaklah ditulis pada cetakan berkenaan dengan jelas bahawa ia bukan al-Quran tetapi sekadar terjemahan makna oleh penterjemah.

Demikian mana-mana ayat al-Quran yang diterjemahkan maknanya hendaklah sentiasa dinyatakan pada teks tersebut bahawa ia adalah terjemahan makna atau maksud ayat yang berkaitan bagi mengelakkan kekeliruan antara teks asal yang mempunyai keagungan dan mukjizat pada lafaz serta makna dengan teks terjemahan yang merupakan hasil kefahaman penterjemah.  

- TAMAT -

Kehadiran Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis :

  1. S.S Profesor Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin - Mufti Negeri Perlis
  2. Sahibul Fadhilah Ustaz Tajul Urus bin Abdul Halim – Timbalan Mufti Perlis
  3. Sahibul Fadhilah Dato’ Dr. Johari bin Mat
  4. Sahibul Fadhilah ProfesorDr. Muhamad Rozaimi bin Ramle
  5. Sahibul Fadhilah Profesor Dr.Basri bin Ibrahim
  6. Sahibul Fadhilah Dr. Hj Zaharuddin Bin Hj Abdul Rahman
  7. Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Azman Bin Mohd Noor
  8. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Mohd Akram Bin Dato’ Dahaman @ Dahlan
  9. Sahibul Fadhilah Dr. Kamilin bin Jamilin
  10. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar
  11. Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar Bin Syed Kamal Bharin
  12. Sahibul Fadhilah Dr. Muhammad Lukman Bin Mat Sin
  13. Ustaz Muhammad Khidhir Bin Abdul Ghani – Setiausaha

DIPERAKUKAN dalam Persidangan Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 5 / 2023 pada 2 Oktober 2023.

JABATAN MUFTI

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 182
Semalam 1899
Minggu Ini 182
Bulan Ini 7097

Keseluruhan 2133260

   Masa Capaian : 0.83 saat    Kemaskini :  01/12/2023