• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Fatwa Berkaitan Zakat Untuk Pelarian

Fatwa Berkaitan Zakat Untuk Pelarian

KEPUTUSAN MESYUARAT

JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 61 / 2023

1 FEBRUARI 2023 / 10 REJAB 1444

                            Bil. 3/61 TAHUN 2023                                

FATWA BERKAITAN ZAKAT UNTUK PELARIAN

Pelarian muslim yang lari meninggalkan negara mereka ke negara lain dengan tujuan mencari perlindungan atau untuk menyelamatkan diri boleh diberikan zakat di bawah peruntukan ibn sabil atau fakir miskin.

Adapun pelarian bukan muslim boleh diberikan zakat di bawah peruntukan muallafah qulubuhum menurut penilaian pihak ulil amri yang menguruskan zakat.

- Tamat -

Kehadiran Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis :

  1. YBhg. S.S Profesor Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin - Mufti Negeri Perlis
  2. Sahibul Fadhilah Ustaz Tajul Urus bin Abdul Halim – Timbalan Mufti Perlis
  3. Sahibul Fadhilah Dato’ Dr. Johari bin Mat
  4. Sahibul Fadhilah ProfesorDr. Muhamad Rozaimi bin Ramle
  5. Sahibul Fadhilah Profesor Dr.Basri bin Ibrahim
  6. Sahibul Fadhilah Dr. Hj Zaharuddin Bin Hj Abdul Rahman
  7. Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Azman Bin Mohd Noor
  8. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Mohd Akram Bin Dato’ Dahaman @ Dahlan
  9. Sahibul Fadhilah Dr. Kamilin bin Jamilin
  10. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar
  11. Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar Bin Syed Kamal Bharin
  12. Sahibul Fadhilah Dr. Muhammad Lukman Bin Mat Sin
  13. Ustaz Muhammad Khidhir Bin Abdul Ghani – Setiausaha

DIPERAKUKAN dalam Persidangan Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 2 / 2023 pada 3 April 2023

 

JABATAN MUFTI

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 1487
Semalam 2772
Minggu Ini 13929
Bulan Ini 41811

Keseluruhan 2532104

   Masa Capaian : 0.82 saat    Kemaskini :  15/5/2024