• Tiada Penghalang Antara Insan Dengan ALLAH
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 08 Februari 2023
    Tiada Penghalang Antara Insan Dengan ALLAH Antara rahmat ALLAH terhadap seluruh hambaNYA ialah ALLAH tidak meletakkan penghalang atau batasan untuk setiap hamba berbicara denganNYA. Bahkan, tiada masa atau tempat yang boleh menahan munajat, rintihan atau bisikan seorang hamba kepada tuhannya. Allah Maha Mendengar sekalipun tiada suara yang keluar. Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Adil dalam menentukan kedudukan setiap aduan hambaNYA. DIA telah menerima permohonan Iblis... Baca Seterusnya

HUKUM BERBILANG JUMAAT DALAM SATU TEMPAT ATAU KARIAH

 

 

solat jumaat ps8

KEPUTUSAN MESYUARAT

JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 58 / 2022

29-30 JULAI 2022 / 29 ZULHIJJAH 1443 - 1 MUHARRAM 1444H

           Bil. 3/58 TAHUN 2022           

                     

HUKUM BERBILANG JUMAAT DALAM SATU TEMPAT ATAU KARIAH

Hukum asal adalah tidak boleh mendirikan berbilang Jumaat di sesuatu tempat atau kariah melainkan jika ada sebab yang menuntut hal tersebut. Antara sebab berkenaan ialah:

  1. Jemaah terpaksa menempuh jarak yang jauh untuk hadir Jumaat disebabkan keluasan kariah.
  2. Wujud bahaya atau halangan yang menyukarkan untuk sampai ke masjid sekalipun jaraknya dekat seperti terdapat lalu-lintas yang sibuk, sungai, hutan, bukit atau apa sahaja yang menyukarkan.
  3. Masjid sedia ada terlalu kecil dan tidak dapat menampung jemaah.
  4. Jemaah yang hadir atau pihak-pihak lain yang mempunyai kaitan terdedah kepada risiko keselamatan seperti banduan, petugas kesihatan, pesakit hospital, anggota keselamatan dan seumpamanya.

Sebab-sebab di atas membolehkan pihak ulil amri mempertimbangkan keizinan berbilang Jumaat di sesuatu tempat atau kariah.

Bagi permohonan yang ingin mendirikan Jumaat, pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) hendaklah menimbang berdasarkan sebab-sebab yang diberikan di atas untuk menilai permohonan yang berkaitan.

- TAMAT -

Kehadiran Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis :

  1. S.S Profesor Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin - Mufti Negeri Perlis
  2. Sahibul Fadhilah Ustaz Tajul Urus bin Abdul Halim – Timbalan Mufti Perlis
  3. Sahibul Fadhilah Dato’ Dr. Johari bin Mat
  4. Sahibul Fadhilah Profesor Dr.Basri bin Ibrahim
  5. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle
  6. Sahibul Fadhilah Dr. Hj Zaharuddin Bin Hj Abdul Rahman
  7. Sahibul Fadhilah Prof. Madya Dr. Azman Bin Mohd Noor
  8. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Mohd Akram Bin Dato’ Dahaman @ Dahlan
  9. Sahibul Fadhilah Dr. Kamilin bin Jamilin
  10. Sahibul Fadhilah Dr. Ahmad Sufian Bin Che Abdullah
  11. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar
  12. Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar Bin Syed Kamal Bharin
  13. Sahibul Fadhilah Dr. Muhammad Lukman Bin Mat Sin
  14. Ustaz Muhammad Khidhir Bin Abdul Ghani - Setiausaha

 

Diperakukan dalam Persidangan Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 4 / 2022 pada 5 Ogos 2022.

JABATAN MUFTI

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 1113
Semalam 1356
Minggu Ini 1113
Bulan Ini 2469

Keseluruhan 2012278

   Masa Capaian : 0.84 saat    Kemaskini :  27/9/2023