FAQHubungiMaklumbalasPeta Laman
Pilihan Bahasa
msen
Saiz Teks
Tazkirah Ringkas
  • Syurga Penawar Duka..

    Syurga Penawar Duka..

    Information
    21 September 2022
    Syurga Penawar Duka.. Jannah atau syurga merupakan khabar gembira dan pengubat dukacita insan terhadap apa sahaja kesakitan yang dilalui dalam kehidupan dunia ini. Segala derita dan keperitan dunia amatlah kerdil jika seseorang dapat memperolehi syurga. Betapa hebatnya keindahan dan kenikmatan yang maha agung yang dijanjikan oleh Allah kepada hamba-hambaNYA yang akan menghuni syurga. Apabila insan bangun setiap pagi di kesunyian malam yang akhir, membaca al-Quran dalam... Baca seterusnya

 

zakat hartanah 2

 

KEPUTUSAN MESYUARAT

JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 57 / 2022

7 APRIL 2022 / 5 RAMADAN 1443H

BIL. 1/57 TAHUN 2022

 

KADAR TAKSIRAN ZAKAT HARTANAH

1. Hartanah adalah aset tidak alih yang merangkumi tanah, termasuk apa-apa sahaja yang berada di atasnya seperti bangunan.

2. Secara asasnya, zakat tidak dikenakan ke atas hartanah sekiranya;

a. Dimiliki untuk disimpan atau didiami (al-qinyah/القنية).

b. Dimiliki untuk disimpan atau didiami (al-qinyah/القنية), namun jika boleh mendapat keuntungan yang  sesuai atau kerana faktor-faktor tertentu, pemilik akan menjualnya.

c. Digunakan untuk manfaat awam seperti kegunaan jalan raya atau wakaf.

3. Jika aset hartanah dimiliki untuk mendapatkan hasil seperti sewaan dan pertanian, maka ia tertakluk kepada zakat al-mustaghallat (المستغلات) dan zakat pertanian.

4. Aset hartanah dikenakan zakat sekiranya ia dimiliki untuk tujuan perniagaan sebagai barang dagangan. Haul zakat tersebut bermula dari masa pemilikan hartanah yang diniatkan untuk tujuan dagangan. Kadar zakat perniagaan hartanah adalah sebanyak 2.5% sekiranya mencapai nisab dan haul.

5. Umumnya, terdapat perbezaan formula taksiran zakat terhadap golongan pemaju yang memiliki syarikat formal yang berstatus Sdn. Bhd. atau Berhad (al-mudir), dengan pemaju kecil serta pemilik persendirian yang tidak mempunyai syarikat formal (al-mutarabbis/المتربص).

6. Formula taksiran zakat bagi syarikat formal yang berstatus Sdn. Bhd. atau Berhad (merangkumi property broker company, developer company & contractor company) adalah seperti berikut :

  WhatsApp Image 2022 09 20 at 11.34.39 AM

 

7. Aset yang berkhidmat (al-isti’mal) untuk perniagaan seperti bangunan syarikat, kereta syarikat, peralatan (equipment) dan lain-lain adalah tidak termasuk aset syarikat yang dikenakan zakat.

8. Formula taksiran zakat bagi pemaju kecil yang tidak mempunyai syarikat formal (al-Mutarabbis/المتربص) adalah seperti berikut :

 

WhatsApp Image 2022 09 20 at 11.44.57 AM

 

-Tamat -

 

Persetujuan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis :

 

  1. S.S Prof Madya Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin - Mufti Negeri Perlis
  2. Sahibul Fadhilah Ustaz Tajul Urus bin Abdul Halim – Timbalan Mufti Perlis
  3. Sahibul Fadhilah Profesor Dr.Basri bin Ibrahim
  4. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle
  5. Sahibul Fadhilah Dr. Hj Zaharuddin Bin Hj Abdul Rahman
  6. Sahibul Fadhilah Prof. Madya Dr. Azman Bin Mohd Noor
  7. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Mohd Akram Bin Dato’ Dahaman @ Dahlan
  8. Sahibul Fadhilah Dr. Ahmad Sufian Bin Che Abdullah
  9. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar
  10. Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar Bin Syed Kamal Bharin
  11. Sahibul Fadhilah Dr. Muhammad Lukman Bin Mat Sin
  12. Ustaz Muhammad Khidhir Bin Abdul Ghani - Setiausaha

 

Diperakukan dalam Persidangan Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 3 / 2022 pada 2 Jun 2022.