• Tiada Penghalang Antara Insan Dengan ALLAH
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 08 Februari 2023
    Tiada Penghalang Antara Insan Dengan ALLAH Antara rahmat ALLAH terhadap seluruh hambaNYA ialah ALLAH tidak meletakkan penghalang atau batasan untuk setiap hamba berbicara denganNYA. Bahkan, tiada masa atau tempat yang boleh menahan munajat, rintihan atau bisikan seorang hamba kepada tuhannya. Allah Maha Mendengar sekalipun tiada suara yang keluar. Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Adil dalam menentukan kedudukan setiap aduan hambaNYA. DIA telah menerima permohonan Iblis... Baca Seterusnya

Hukum Berjual Beli Di Dalam Masjid

 

jual_beli_di_masjid.jpg

 

KEPUTUSAN MESYUARAT

JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 56 / 2022

11 - 12 MAC 2022 / 8 - 9 SYAABAN 1443H

Bil. 1/56 TAHUN 2022

                           

HUKUM BERJUAL BELI DI DALAM MASJID

Masjid adalah bangunan yang diwakafkan atau dikhaskan secara kekal untuk masyarakat Islam mendirikan solat jemaah lima waktu dan lain-lain ibadah. Mana-mana bangunan yang dibina sekalipun berdekatan atau bersambung dengan masjid atau di dalam kawasan pagar masjid tetapi tidak dikhaskan atau diwakafkan untuk tujuan berjemaah lima waktu dan ibadah tidak dikira sebagai masjid. Hukum berjual beli dalam masjid adalah seperti berikut;

1. Sengaja menjadikan atau menggunakan masjid sebagai tempat jual beli sekalipun dalam kuantiti yang sedikit adalah diharamkan berdasarkan ittifaq (kesepakatan) ulama.

2. Transaksi perniagaan atau kempen jualan di dalam masjid yang berlaku tanpa berniat menjadikan masjid sebagai tempat perniagaan, maka para ulama berbeza pandangan mengenainya. Kesimpulannya adalah seperti berikut:

a) Jika mengganggu suasana ibadah di dalam masjid, sama ada dengan suara yang hiruk-pikuk atau keadaan barangan yang dibawa adalah haram.

b) Jika berlaku secara kebetulan tanpa bermaksud menjadikan masjid sebagai tempat berjual beli dan tidak mengganggu suasana ibadah adalah makruh.

c) Jika berlaku transaksi atas talian tanpa menzahirkan apa-apa suasana jual-beli di dalam masjid adalah makruh.

 

-TAMAT-

Persetujuan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis :

 

  1. S.S Prof Madya Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin - Mufti Negeri Perlis
  2. Sahibul Fadhilah Ustaz Tajul Urus bin Abdul Halim – Timbalan Mufti Perlis
  3. Sahibul Fadhilah Dato’ Dr. Johari Bin Mat
  4. Sahibul Fadhilah Profesor Dr.Basri bin Ibrahim
  5. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle
  6. Sahibul Fadhilah Dr. Hj Zaharuddin Bin Hj Abdul Rahman
  7. Sahibul Fadhilah Prof. Madya Dr. Azman Bin Mohd Noor
  8. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Mohd Akram Bin Dato’ Dahaman @ Dahlan
  9. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar
  10. Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar Bin Syed Kamal Bharin
  11. Sahibul Fadhilah Dr. Muhammad Lukman Bin Mat Sin
  12. Ustaz Muhammad Khidhir Bin Abdul Ghani - Setiausaha

 

 

 

Diperakukan  dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 2 / 2022 pada 24 Mac 2022.

JABATAN MUFTI

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 152
Semalam 1899
Minggu Ini 152
Bulan Ini 7067

Keseluruhan 2133230

   Masa Capaian : 0.88 saat    Kemaskini :  01/12/2023