FAQHubungiMaklumbalasPeta Laman
Pilihan Bahasa
msen
Saiz Teks

 

WhatsApp Image 2022 07 15 at 3.19.36 PM

 

KEPUTUSAN MESYUARAT

JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 56 / 2022

11 - 12 MAC 2022 / 8 - 9 SYAABAN 1443H

Bil. 3/56 TAHUN 2022 

                             

HUKUM MENGGUGURKAN JANIN YANG CACAT

 

1. Hukum menggugurkan janin yang telah ditiupkan roh (selepas 120 hari di sisi majoriti ulama) adalah haram, melainkan:

a) Kewujudan janin itu boleh mengancam nyawa ibu berdasarkan pengesahan pakar perubatan dalam bidang yang berkaitan.

b) Pengesahan daripada pakar perubatan bahawa janin berkenaan tidak berupaya untuk hidup jika dilahirkan.

2. Adapun janin yang belum ditiupkan roh (sebelum 120 hari di sisi majoriti ulama) ramai fuqaha yang membenarkan penggugurannya jika terdapat alasan yang kukuh seperti mengganggu keupayaan hidup keluarga. Kebenaran ini dengan syarat mendapat persetujuan pasangan suami isteri.

3. Ibu atau bapa diharamkan melakukan apa-apa tindakan yang boleh menyebabkan mudarat atau kecacatan kepada janin. Ini seperti pengambilan bahan-bahan yang berbahaya untuk janin.

4. Seseorang muslim haram melakukan apa-apa tindakan yang boleh mencacatkan atau membahayakan janin pihak lain.

-TAMAT-

 

Persetujuan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis :

 

  1. YBhg. S.S Prof Madya Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin - Mufti Negeri Perlis
  2. Sahibul Fadhilah Ustaz Tajul Urus bin Abdul Halim – Timbalan Mufti Perlis
  3. Sahibul Fadhilah Dato’ Dr. Johari Bin Mat
  4. Sahibul Fadhilah Profesor Dr.Basri bin Ibrahim
  5. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle
  6. Sahibul Fadhilah Dr. Hj Zaharuddin Bin Hj Abdul Rahman
  7. Sahibul Fadhilah Prof. Madya Dr. Azman Bin Mohd Noor
  8. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Mohd Akram Bin Dato’ Dahaman @ Dahlan
  9. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar
  10. Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar Bin Syed Kamal Bharin
  11. Sahibul Fadhilah Dr. Muhammad Lukman Bin Mat Sin
  12. Ustaz Muhammad Khidhir Bin Abdul Ghani - Setiausaha

 

 

 

Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 2 / 2022 pada 24 Mac 2022.