FAQHubungiMaklumbalasPeta Laman
Pilihan Bahasa
msen
Saiz Teks

 

pic_nikah.jpg

KEPUTUSAN MESYUARAT

JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 56 / 2022

11 - 12 MAC 2022 / 8 - 9 SYAABAN 1443H

bil.2/56 TAHUN 2022

                               

HUKUM AKAD PERKAHWINAN YANG TERSALAH WALI

 

Maksud tersalah wali (wali khata’) dalam akad pernikahan merujuk kepada akad pernikahan yang dilakukan bukan dengan wali yang sebenar menurut syara'. Berkaitan dengan perkara ini mesyuarat memutuskan beberapa perkara berikut :

1. Wali adalah satu rukun yang diambil kira bagi menentukan sah atau tidaknya sesuatu perkahwinan. Ini berdasarkan pandangan majoriti ulama.

2. Sekiranya sesuatu pernikahan telah berlaku secara tersalah wali dan didapati wali sebenar bersetuju, maka perkahwinan ini dikira sah. 

3. Sekiranya sesuatu pernikahan telah berlaku secara tersalah wali dan wali sebenar tidak bersetuju, maka pihak berkuasa agama boleh membuat keputusan merujuk kepada salah satu daripada situasi berikut :

a) Pernikahan dikekalkan jika telah berlaku persetubuhan, bagi menjaga kemaslahatan pasangan tersebut.

b) Pernikahan dibubarkan jika belum berlaku persetubuhan. Mereka boleh dinikahkan semula dengan wali yang sebenar jika kedua belah pihak (pihak lelaki dan perempuan) bersetuju. Jika wali sebenar enggan tanpa alasan yang munasabah, mereka boleh dinikahkan dengan menggunakan wali hakim.

c) Jika pasangan yang tersalah wali dapat membuktikan keengganan wali sebenar sehingga menyebabkan memilih wali yang lain, maka perkahwinan dengan wali lain itu adalah sah.

 

-TAMAT-

 

 

Persetujuan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis :

 

  1. S.S Prof Madya Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin - Mufti Negeri Perlis
  2. Sahibul Fadhilah Ustaz Tajul Urus bin Abdul Halim – Timbalan Mufti Perlis
  3. Sahibul Fadhilah Dato’ Dr. Johari Bin Mat
  4. Sahibul Fadhilah Profesor Dr.Basri bin Ibrahim
  5. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle
  6. Sahibul Fadhilah Dr. Hj Zaharuddin Bin Hj Abdul Rahman
  7. Sahibul Fadhilah Prof. Madya Dr. Azman Bin Mohd Noor
  8. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Mohd Akram Bin Dato’ Dahaman @ Dahlan
  9. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar
  10. Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar Bin Syed Kamal Bharin
  11. Sahibul Fadhilah Dr. Muhammad Lukman Bin Mat Sin
  12. Ustaz Muhammad Khidhir Bin Abdul Ghani - Setiausaha

 

Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 2 / 2022 pada 24 Mac 2022.