Hukum Menyakiti Pasangan, Anak Atau Pelajar Untuk Tujuan Mendidik

Hukum Menyakiti Pasangan, Anak Atau Pelajar Untuk Tujuan Mendidik
 
KEPUTUSAN MESYUARAT 
JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-34/2018
6 JANUARI 2018 / 18 RABIUL AKHIR 1439H
BIL. 2/34 TAHUN 2018
 
 
HUKUM MENYAKITI PASANGAN, ANAK ATAU PELAJAR UNTUK TUJUAN MENDIDIK
 
1. Menyakiti fizikal atau psikologi pasangan, anak mahupun pelajar dalam apa-apa bentuk secara zalim sekalipun untuk tujuan mendidik adalah diharamkan. 
 
2. Keizinan memukul untuk tujuan mendidik hanya boleh dilakukan dengan syarat tidak memberikan mudharat pada fizikal dan psikologi pihak yang dididik. Sabda Nabi SAW :
 
مُرُوا أَوْلادَكُمْ بِالصَّلاةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْعِ سِنِينَ، وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءُ عَشْرٍ،وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي الْمَضَاجِعِ
 
Maksudnya: “Perintahlah anak-anak kamu menunaikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun. Pukullah mereka kerana itu ketika berumur 10 tahun dan pisahkan tempat tidur antara mereka (lelaki dan perempuan).” (Riwayat Abu Daud. Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Abi Daud)
 
3. Memukul, menampar atau apa-apa tindakan kasar pada muka diharamkan sama sekali berdasarkan hadis Nabi SAW sekalipun dengan tujuan untuk mendidik atau bergurau. Baginda bersabda: 
 
إِذَا قَاتَلَ أَحَدُكُمْ أَخَاهُ فَلْيَجْتَنِب الْوَجْهَ
 
Maksudnya: “Apabila seseorang daripada kamu berkelahi dengan saudaranya, maka jauhilah (dari memukul) muka.” Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
 
4. Demikian juga memukul mana-mana bahagian anggota yang mudah mendatangkan kecederaan seperti kepala dan kemaluan adalah diharamkan. 
 
 
 Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil. 1/2018 pada 13 Januari 2018 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 632
Semalam 1741
Minggu Ini 4058
Bulan Ini 29222

Keseluruhan 3639262

   Masa Capaian : 1.07 saat    Kemaskini :  19/5/2026