FAQHubungiMaklumbalasPeta Laman
Pilihan Bahasa
msen
Saiz Teks

 

larangan isteri ambil ubat

 

KEPUTUSAN FATWA
JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 54 / 2021
8 - 9 SEPTEMBER 2021 / 1 - 2 SAFAR 1443
Bil. 3/54 TAHUN 2021

HUKUM ISTERI MENGINGKARI TEGAHAN SUAMI UNTUK MENGAMBIL UBATAN

 

1. Wajib ke atas isteri mentaati suami dalam perkara yang tidak berbentuk maksiat atau tidak menimbulkan kemudaratan kepada diri sendiri atau orang lain.

2. Seseorang isteri yang meyakini bahawa pengambilan ubatan tertentu dapat menyembuhkan penyakit atau melindunginya daripada kemudaratan berdasarkan pandangan pakar, maka dia boleh mengambilnya sekalipun tanpa persetujuan suami. Melanggar tegahan suami dalam hal tersebut tidak termasuk dalam nusyuz.


-TAMAT-


Persetujuan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis :

1. YBhg. S.S Prof Madya Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin - Mufti Negeri Perlis
2. Sahibul Fadhilah Prof Dato’ Kaya Bakti Dr. Mohd. Radzi bin Haji Othman
3. Sahibul Fadhilah Dato’ Dr. Johari Bin Mat
4. Sahibul Fadhilah Profesor Dr.Basri bin Ibrahim
5. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr.Muhamad Rozaimi bin Ramle
6. Sahibul Fadhilah Dr. Hj Zaharuddin Bin Hj Abdul Rahman
7. Sahibul Fadhilah Dr. Kamilin Jamilin @ Ahmad Kamil Jamilin
8. Sahibul Fadhilah Dr Ahmad Sufian Bin Che Abdullah
9. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar
10. Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar Bin Syed Kamal Bharin
11. Ustaz Muhammad Khidhir Bin Abdul Ghani – Setiausaha

Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 4 / 2021 pada 14 September 2021.