FAQHubungiMaklumbalasPeta Laman
Pilihan Bahasa
msen
Saiz Teks

KEPUTUSAN MESYUARAT

JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 53 / 2021

23 - 24 JUN 2021 / 12 - 13 ZULKAEDAH 1442
 
                 Bil. 2/53 TAHUN 2021                                 
 
Ikan kolam
 
HUKUM MEMAKAN HAIWAN AKUA (HAIWAN AIR) YANG DITERNAK DAN DIBERI MAKAN NAJIS
 
1. Binatang yang dagingnya berbau najis disebabkan memakan atau diberi makan najis atau hidup di persekitaran najis dipanggil Jallalah. 
 
2. Sehubungan dengan itu haiwan Akua (haiwan air) yang diberi makan najis, sehingga memberi kesan kepada isinya termasuk di dalam jallalah. Hukum memakan haiwan Jallalah ini adalah menimbulkan khilaf dalam kalangan ulama. 
 
3. Setelah menilai dan meneliti khilaf ulama tersebut, jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis mentarjihkan haram memakan ikan, udang atau apa sahaja haiwan air yang isinya berbau najis. Hukum haram itu kekal sehingga hilang bau tersebut. 
 
4. Adalah dicadangkan untuk haiwan akua dikuarantin selama tiga hari dengan diberi makanan yang bersih atau tanpa memberi makanan bagi tujuan menghilangkan bau najis tersebut. Apabila bau dan kesan najis itu hilang sama ada sebelum atau selepas tiga hari, maka haiwan akua tersebut boleh dimakan jika tidak membawa kemudaratan.
 
5. Hukum memberi makanan najis kepada haiwan ternakan yang hendak dimakan adalah haram. Maka memberi makan ikan atau haiwan ternakan akua yang lain dengan makanan yang najis bertujuan untuk dimakan adalah haram. Adapun makanan haiwan ternakan yang tercemar dengan najis yang sedikit adalah dimaafkan jika tidak membawa kemudaratan.
 
6. Ikan atau haiwan akua yang pada zahirnya bersih maka dihukum bersih, tidak diwajibkan menyelidiki dengan lebih mendalam melainkan jika terdapat kesan najis pada haiwan berkenaan.
 
7. Penjual yang mengetahui haiwan jualannya itu jallalah hendaklah memaklumkannya kepada pembeli. 
 
-TAMAT-
 
Persetujuan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis : 
 
1. YBhg. S.S Prof Madya Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin - Mufti Negeri Perlis
2. Sahibul Fadhilah Dato’ Dr. Johari Bin Mat
3. Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Basri bin Ibrahim
4. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle
5. Sahibul Fadhilah Dr. Hj Zaharuddin Bin Hj Abdul Rahman
6. Sahibul Fadhilah Prof. Madya Dr. Azman Bin Mohd Noor
7. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Mohd Akram Bin Dato’ Dahaman @ Dahlan
8. Sahibul Fadhilah Dr. Kamilin Jamilin @ Ahmad Kamil Jamilin
9. Sahibul Fadhilah Dr Ahmad Sufian Bin Che Abdullah
10. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar
11. Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar Bin Syed Kamal Bharin
12. Ustaz Muhammad Khidhir Bin Abdul Ghani - Setiausaha
 
Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 4/2021 pada 14 September 2021