FAQHubungiMaklumbalasPeta Laman
Pilihan Bahasa
msen
Saiz Teks

KEPUTUSAN MESYUARAT

JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 51 / 2021

22 Februari 2021 / 10 Rejab 1442

                        Bil. 4/51  TAHUN 2021                                  

FATWA TENTANG PENGURUSAN MAYAT YANG TIDAK DITUNTUT

Jika ada petanda pada mayat yang menunjukkan ia seorang muslim sekalipun berdasarkan sangkaan dan tiada petanda lain yang menolak sangkaan itu, maka ia diurus seperti mayat muslim.

Jika tiada petanda dan tiada tuntutan dari pihak lain sementara mayat dijumpai di negara majoriti muslim, maka dianggap sebagai mayat muslim.

Jika ditemui bahagian mayat yang diyakini kematian pemiliknya, maka wajib dimandi, dikafan dan disolatkan. Jika ditemui kemudian bahagian lain anggotanya setelah disolatkan anggota sebelumnya, maka wajib dimandikan dan dikafankan, manakala solat adalah disunatkan seperti yang dipilih di dalam mazhab Hambali.

Dimakruhkan memindahkan mayat dari kawasan kematiannya ke kawasan lain jika tiada sebarang keperluan. Jika pemindahan itu membawa kepada kerosakan atau perubahan mayat maka hukumnya adalah haram.

Jika ada keperluan yang mendesak untuk mayat dipindahkan dan proses memasukkan bahan kimia (formalin) bagi mengelakkan mayat berubah, maka hal ini dibenarkan dengan syarat berikut :

  1. Terdapat keperluan mendesak untuk memindahkan mayat ke satu destinasi yang melibatkan tempoh lama dan menyebabkan berlaku proses pereputan mayat.
  2. Tidak menyebabkan mudharat lain disebabkan proses pemindahan tersebut.
  3. Suntikan bahan kimia dilakukan oleh mereka yang mempunyai kepakaran.
  4. Dilakukan dengan disiplin menghormati mayat seperti yang diputuskan oleh syara’.
  5. Tidak membuang apa-apa anggota mayat atau membuang sesuatu dari dalam badan keluar kerana ia termasuk larangan al-Muthlah (المثلة mencederakan/merosakkan) yang disebutkan dalam hadis, melainkan jika terdapat dharurat dan tiada pilihan lain.
  6. Tujuan suntikan ialah untuk proses pemindahan mayat dan bukannya untuk menyimpan mayat sebagai pameran.
  7. Pemindahan dilakukan setelah mayat dimandikan, dikafankan dan disolatkan. Ini kerana kewajipan memandikan, mengkafankan dan mensolatkan diwajibkan ke atas penduduk di mana mayat itu berada.

 

-TAMAT-

Persetujuan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis :

  1. YBhg. S.S Prof Madya Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin - Mufti Negeri Perlis
  2. Sahibul Fadhilah Dato’ Kaya Bakti Dr. Mohd. Radzi bin Haji Othman
  3. Sahibul Fadhilah Dato’ Dr. Johari Bin Mat
  4. Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Basri bin Ibrahim
  5. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle
  6. Sahibul Fadhilah Dr. Hj Zaharuddin Bin Hj Abdul Rahman
  7. Sahibul Fadhilah Prof. Madya Dr. Azman Bin Mohd Noor
  8. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Mohd Akram Bin Dato’ Dahaman @ Dahlan
  9. Sahibul Fadhilah Dr. Kamilin Jamilin @ Ahmad Kamil Jamilin
  10. Sahibul Fadhilah Dr Ahmad Sufian Bin Che Abdullah
  11. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar
  12. Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar Bin Syed Kamal Bharin
  13. Ustaz Muhammad Khidhir Bin Abdul Ghani - Setiausaha

Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 2/2021 pada 22 Mac 2021.