FAQHubungiMaklumbalasPeta Laman
Pilihan Bahasa
msen
Saiz Teks

 

KEPUTUSAN MESYUARAT

JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 52 / 2021

19 - 20 MAC 2021 / 6 - 7 SYA’BAN 1442

                            Bil. 7/52   TAHUN 2021                                

HUKUM BERURUS NIAGA DENGAN SYARIKAT YANG DIMILIKI OLEH NON MUSLIM

Hukum bermuamalah dengan non muslim termasuk menjual produk mereka adalah harus, tertakluk kepada beberapa garis panduan seperti berikut :

  1. Barang, produk atau perkhidmatan adalah halal.
  2. Program perniagaan tidak mengandungi unsur gharar, penipuan, riba dan perkara-perkara yang menyalahi syarak.
  3. Perniagaan tersebut tidak menyumbang secara terang, nyata dan langsung kepada permusuhan terhadap umat Islam, pengukuhan kepercayaan selain dari akidah Islam dan penyebaran agama bukan Islam dalam kalangan umat Islam.

Perlu diketahui, sesuatu perniagaan yang sah dari segi akad boleh menjadi haram disebabkan perkara lain seperti jual-beli yang membantu kepada kemungkaran. Dari segi perniagaan adalah sah, namun dari segi kesan sampingan adalah haram.  

Dalam masa yang sama, umat Islam digalakkan untuk memajukan diri mereka di dalam dunia perniagaan dengan menghasilkan produk dan perkhidmatan yang berkualiti dan tolong menolong antara satu dengan yang lain.

-TAMAT-

Persetujuan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis :

  1. YBhg. S.S Prof Madya Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin - Mufti Negeri Perlis
  2. Sahibul Fadhilah Prof Dato’ Kaya Bakti Dr. Mohd. Radzi bin Haji Othman
  3. Sahibul Fadhilah Dato’ Dr. Johari Bin Mat
  4. Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Basri bin Ibrahim
  5. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle
  6. Sahibul Fadhilah Dr. Hj Zaharuddin Bin Hj Abdul Rahman
  7. Sahibul Fadhilah Prof. Madya Dr. Azman Bin Mohd Noor
  8. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Mohd Akram Bin Dato’ Dahaman @ Dahlan
  9. Sahibul Fadhilah Dr. Kamilin Jamilin @ Ahmad Kamil Jamilin
  10. Sahibul Fadhilah Dr Ahmad Sufian Bin Che Abdullah
  11. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar
  12. Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar Bin Syed Kamal Bharin
  13. Ustaz Muhammad Khidhir Bin Abdul Ghani - Setiausaha

Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 2/2021 pada 22 Mac 2021.