FAQHubungiMaklumbalasPeta Laman
Pilihan Bahasa
msen
Saiz Teks

KEPUTUSAN MESYUARAT

JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 52 / 2021

19 - 20 MAC 2021 / 6 - 7 SYA’BAN 1442

                  Bil. 6/52      TAHUN 2021                                

PERTUKARAN NAMA DAN BIN BAGI MUALLAF

 

  1. Islam tidak memerintahkan untuk seseorang yang memelukagama Islam menukar nama bapanya kepada Abdullah. Bahkan jika pertukaran itu boleh menafikan hak keadilan untuk seorang bapa dan menimbulkan kekeliruan pada nasab, maka ia adalah diharamkan. Ini seperti firman Allah SWT dalam surah al-Ahzab ayat 5 :

ٱدۡعُوهُمۡ لِأٓبَآئِهِمۡ هُوَ أَقۡسَطُ عِندَ ٱللَّهِۚ

Maksudnya : Panggilah mereka (anak-anak angkat itu) dengan (memakai) nama bapak-bapak mereka; Itulah yang lebih adil pada sisi Allah,

  1. Menukar nama sendiri kepada nama lain yang mengandungi makna yang baik (dalam apa-apa bahasa) setelah memeluk Islam adalah diharuskan. Bahkan digalakkan jika nama asal tidak sesuai dari sudut makna dan kesan kemasyarakatan.
  1. Diwajibkan ke atas seorang muslim menukar nama, sekiranya nama asal mengandungi makna yang menyalahi syarak.

 

-TAMAT-

Persetujuan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis :

 

  1. YBhg. S.S Prof Madya Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin - Mufti Negeri Perlis
  2. Sahibul Fadhilah Prof Dato’ Kaya Bakti Dr. Mohd. Radzi bin Haji Othman
  3. Sahibul Fadhilah Dato’ Dr. Johari Bin Mat
  4. Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Basri bin Ibrahim
  5. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle
  6. Sahibul Fadhilah Dr. Hj Zaharuddin Bin Hj Abdul Rahman
  7. Sahibul Fadhilah Prof. Madya Dr. Azman Bin Mohd Noor
  8. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Mohd Akram Bin Dato’ Dahaman @ Dahlan
  9. Sahibul Fadhilah Dr. Kamilin Jamilin @ Ahmad Kamil Jamilin
  10. Sahibul Fadhilah Dr Ahmad Sufian Bin Che Abdullah
  11. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar
  12. Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar Bin Syed Kamal Bharin
  13. Ustaz Muhammad Khidhir Bin Abdul Ghani - Setiausaha

Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 2/2021 pada 22 Mac 2021.