• Tiada Penghalang Antara Insan Dengan ALLAH
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 08 Februari 2023
    Tiada Penghalang Antara Insan Dengan ALLAH Antara rahmat ALLAH terhadap seluruh hambaNYA ialah ALLAH tidak meletakkan penghalang atau batasan untuk setiap hamba berbicara denganNYA. Bahkan, tiada masa atau tempat yang boleh menahan munajat, rintihan atau bisikan seorang hamba kepada tuhannya. Allah Maha Mendengar sekalipun tiada suara yang keluar. Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Adil dalam menentukan kedudukan setiap aduan hambaNYA. DIA telah menerima permohonan Iblis... Baca Seterusnya

Hukum Membuat Atau Menggunakan Patung Yang Berbentuk Manusia Atau Haiwan

 

KEPUTUSAN MESYUARAT

JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 50 / 2020

14 Disember 2020 / 28 Rabiul Akhir 1442

Hotel Savana, Kuala Perlis

                       Bil. 1/50    TAHUN 2020                                

 

HUKUM MEMBUAT ATAU MENGGUNAKAN PATUNG YANG BERBENTUK MANUSIA ATAU HAIWAN

Setelah berbincang, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis bersetuju memutuskan perkara-perkara berikut:

  1. Membuat atau menggunakan apa-apa patung untuk dipuja, dimulia, dihormati atau diagungkan adalah haram di sisi syarak. Ia boleh membawa kepada syirik. Maka muslim dilarang untuk membuat, menggunakan atau menyimpan patung yang mempunyai unsur-unsur tersebut.
  1. Adapun membuat atau menggunakan apa-apa bentuk patung yang tidak mempunyai unsur-unsur dipuja, dimuliakan, dihormati atau diagungkan sebaliknya untuk urusan keduniaan seperti permainan, pendidikan, perubatan, siasatan jenayah dan apa sahaja yang tidak mempunyai unsur-unsur pemujaan adalah dibolehkan. Walau bagaimanapun seseorang muslim yang terlibat membuat, menyimpan atau menggunakan patung dengan tujuan yang disebutkan tadi hendaklah berhati-hati agar tidak terbabit dengan unsur-unsur yang boleh membawa kepada syirik (memuja, mengagung, menghormati dan memuliakan).
  1. Oleh kerana dalam kalangan para fuqaha ada yang mengharamkan membuat patung manusia dan haiwan secara mutlak sekalipun bukan dengan tujuan dipuja, diagung, dihormati atau dimuliakan, maka jika seseorang mampu mengelakkan diri dari terlibat dalam pembikinan atau penggunaan patung haiwan atau manusia,­­ ia adalah sesuatu yang lebih afdal.

-TAMAT-

Persetujuan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis :

 

  1. YBhg. S.S Prof Madya Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin - Mufti Negeri Perlis
  2. Sahibul Fadhilah Dato’ Kaya Bakti Dr. Mohd. Radzi bin Haji Othman
  3. Sahibul Fadhilah Dato’ Dr. Johari Bin Mat
  4. Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Basri bin Ibrahim
  5. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle
  6. Sahibul Fadhilah Dr. Hj Zaharuddin Bin Hj Abdul Rahman
  7. Sahibul Fadhilah Prof. Madya Dr. Azman Bin Mohd Noor
  8. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Mohd Akram Bin Dato’ Dahaman @ Dahlan
  9. Sahibul Fadhilah Dr. Kamilin Jamilin @ Ahmad Kamil Jamilin
  10. Sahibul Fadhilah Dr Ahmad Sufian Bin Che Abdullah
  11. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar
  12. Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar Bin Syed Kamal Bharin
  13. Ustaz Muhammad Khidhir Bin Abdul Ghani - Setiausaha

Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil. 1/2021 pada 26 Januari 2021

                      

 

JABATAN MUFTI

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 217
Semalam 2129
Minggu Ini 4375
Bulan Ini 39896

Keseluruhan 2458005

   Masa Capaian : 0.78 saat    Kemaskini :  15/4/2024