• Tiada Penghalang Antara Insan Dengan ALLAH
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 08 Februari 2023
    Tiada Penghalang Antara Insan Dengan ALLAH Antara rahmat ALLAH terhadap seluruh hambaNYA ialah ALLAH tidak meletakkan penghalang atau batasan untuk setiap hamba berbicara denganNYA. Bahkan, tiada masa atau tempat yang boleh menahan munajat, rintihan atau bisikan seorang hamba kepada tuhannya. Allah Maha Mendengar sekalipun tiada suara yang keluar. Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Adil dalam menentukan kedudukan setiap aduan hambaNYA. DIA telah menerima permohonan Iblis... Baca Seterusnya

Hukum Bertabarruk Dengan Peninggalan Nabi SAW

MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA

NEGERI PERLIS KALI KE-23/2016

TARIKH : 3-4 Oktober 2016 / 2-3 Muharam 1438H

 

HUKUM BERTABARRUK DENGAN PENINGGALAN NABI SAW

 

Pada umumnya bertabarruk (mengambil keberkatan) dengan peninggalan Nabi SAW sama ada jasad Baginda atau barang peninggalan yang disentuh oleh jasad Baginda, adalah dibolehkan dengan syarat menyakini bahawasanya keberkatan itu semuanya datang dari Allah SWT bukan daripada barang tersebut. Namun, keterlaluan (ghuluw) sehingga menjadikan tabarruk upacara ibadah yang diberikan tumpuan adalah dilarang. Atas alasan inilah Saidina ‘Umar bin al-Khattab telah memerintahkan agar dihapuskan pokok yang disangka menjadi tempat Bai’ah al-Ridhwan kerana dibimbangi berlaku syirik.

Walaupun begitu, para ulama semasa telah membuat kajian dan mentarjihkan bahawa tiada lagi sebarang peninggalan dari jasad atau barangan kegunaan Nabi yang boleh disabitkan kewujudannya dengan bukti yang sahih.

Sebaliknya perbuatan mengadakan logo, replika, lambang, atau seumpamanya yang dikatakan menyerupai barangan atau kesan peninggalan Nabi lalu mengambil keberkatan daripadanya adalah perkara yang diadakan dalam agama yang dilarang. Jika hal ini dibiarkan maka berbagai-bagai replika, rajah, ilustrasi dan tangkal akan muncul seperti replika Kaabah, capal, unta, tapak kaki dan seumpamanya dengan tujuan mengambil berkat. Ini akan membuka ruang untuk manusia membina berhala atas alasan mengambil keberkatan.

Manakala sekadar mengadakan logo yang tidak bercanggah dengan syariat Islam tanpa tujuan tabarruk seperti lambang bulan, bintang, bulan sabit, Kaabah, pokok kurma , pedang dan seumpamanya adalah dibolehkan.

 

Diperakukan dalam Mesyuarat

Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis

Bil. 5/2016 pada 8 November 2016 

bersamaan 8 Safar 1438H

JABATAN MUFTI

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 1116
Semalam 1356
Minggu Ini 1116
Bulan Ini 2472

Keseluruhan 2012281

   Masa Capaian : 0.88 saat    Kemaskini :  27/9/2023