FAQHubungiMaklumbalasPeta Laman
Pilihan Bahasa
msen
Saiz Teks
Tazkirah Ringkas
  • Syurga Penawar Duka..

    Syurga Penawar Duka..

    Information
    21 September 2022
    Syurga Penawar Duka.. Jannah atau syurga merupakan khabar gembira dan pengubat dukacita insan terhadap apa sahaja kesakitan yang dilalui dalam kehidupan dunia ini. Segala derita dan keperitan dunia amatlah kerdil jika seseorang dapat memperolehi syurga. Betapa hebatnya keindahan dan kenikmatan yang maha agung yang dijanjikan oleh Allah kepada hamba-hambaNYA yang akan menghuni syurga. Apabila insan bangun setiap pagi di kesunyian malam yang akhir, membaca al-Quran dalam... Baca seterusnya

KEPUTUSAN MESYUARAT

JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 44 / 2019

26-27 November 2019 / 29-30 Rabiul Awwal 1441

Hotel Tamu, Kg Baru, Kuala Lumpur

_____________________________________________________________________

HUKUM PERTUKARAN BARANGAN KEMAS DARIPADA EMAS 

 

            Emas di dalam syariat Islam adalah barangan ribawi. Adapun barangan kemas emas perhiasan 916 / 22 karat dan ke bawah; hukum pertukaran yang berbeza berat (tafadhul) di antara pelanggan dengan kedai atau kedai dengan pengilang adalah diharuskan disebabkan upah pemprosesan dan tempaan, keperluan meringankan kesukaran transaksi dan meraikan ‘uruf tijari (realiti amalan semasa).

Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 1/2020 pada 10 Januari 2020