FAQHubungiMaklumbalasPeta Laman
Pilihan Bahasa
msen
Saiz Teks
Tazkirah Ringkas
  • Syurga Penawar Duka..

    Syurga Penawar Duka..

    Information
    21 September 2022
    Syurga Penawar Duka.. Jannah atau syurga merupakan khabar gembira dan pengubat dukacita insan terhadap apa sahaja kesakitan yang dilalui dalam kehidupan dunia ini. Segala derita dan keperitan dunia amatlah kerdil jika seseorang dapat memperolehi syurga. Betapa hebatnya keindahan dan kenikmatan yang maha agung yang dijanjikan oleh Allah kepada hamba-hambaNYA yang akan menghuni syurga. Apabila insan bangun setiap pagi di kesunyian malam yang akhir, membaca al-Quran dalam... Baca seterusnya

Setelah diperkenankan oleh DYMM Tuanku Raja Perlis dan diperakukan oleh MAIPs, adalah dimaklumkan bahawa keputusan Mesyuarat Khas bersama Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis dan Ahli Panel Syariah Negeri Perlis Berkaitan Penilaian Semula Nilai Altitud Matahari Di Bawah Ufuk Bagi Penentuan Awal Waktu Solat Subuh Di Negeri Perlis yang diadakan pada 30 Disember 2019 adalah seperti berikut :

2.1       Permulaan waktu solat subuh di negeri Perlis yang sebelum ini menggunakan parameter altitud matahari pada -20° di bawah ufuk diubah kepada parameter altitud matahari pada -18° di bawah ufuk.

2.2       Ini berdasarkan persetujuan Ahli-Ahli Mesyuarat Khas yang membincangkan hasil kajian kumpulan penyelidik yang dilantik oleh pihak JAKIM. Setelah mendengar pembentangan mereka dan membuat penilaian berdasarkan pandangan balas pakar falak yang lain, maka mesyuarat bersetuju untuk menerima permulaan  waktu subuh dikira pada nilai altitud matahari -18°di bawah ufuk.

2.3       Perubahan ini melibatkan pertambahan sebanyak 2° ( -20° kepada -18°) yang bersamaan dengan pertambahan waktu permulaan solat subuh sebanyak 8 minit (1° = 4 minit, 2° = 8 minit).

2.4       Nilai altitud matahari di bawah ufuk pada -18° itu telah diterima pakai di banyak negara umat Islam seperti Jordan, Palestin, Kuwait, Oman, Bahrain, Qatar, Iraq, Yaman, Sudan, Tunisia, Algeria dan Turki. Malah beberapa persidangan seperti Nadwah Ulama Syariah & Falak (Resolusi London) Mei 1984, Majma’ Fiqh Islami (Resolusi Jeddah) Mac 1986 dan Kesatuan Fatwa & Penyelidikan Eropah (Dublin) 2003-2004 turut menggunakan nilai yang sama.

2.5       Pihak Jabatan Mufti juga meminta agar masjid-masjid mendirikan solat (iqamah) selepas 15 minit masuk waktu subuh.