FAQ Hubungi Maklumbalas Peta Laman

Zakat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Zakat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

MESYUARAT

JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-32 & 33//2017

TARIKH: 20 - 21 Oktober 2017 / 29 Muharram- 1 Safar 1439H 

 ZAKAT KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP) 

Wang KWSP setelah dikeluarkan oleh pencarum diwajibkan zakat setelah mencukupi haul. Kadar ditunaikan zakat adalah sebanyak 2.5 % dari jumlah semasa hari haul berakhir jika jumlah yang berbaki mencapai had nisab.

Jika disegerakan pembayaran sebelum sempurna haul maka dibolehkan. Adapun kadar pembayaran berdasarkan kepada jumlah terakhir semasa mencukupi haul.

Wang KWSP boleh difaraidkan setelah diselesaikan urusan jenazah, hutang dan wasiat.

 

Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil. 7/2017 pada 6 November 2017 bersamaan 17 Safar 1439H.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 499
Semalam 2237
Minggu Ini 10906
Bulan Ini 27354

Keseluruhan 4050562

   Masa Capaian : 1.12 saat    Kemaskini :  11/11/2026