Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Berkaitan Pengurusan Masjid Ekoran Penularan Wabak Covid-19 Bermula 16 Mac 2020

Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Berkaitan Pengurusan Masjid Ekoran Penularan Wabak Covid-19 Bermula 16 Mac 2020

KEPUTUSAN MESYUARAT

JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 46 / 2020

17 Jun 2020 / 25 Syawal 1441

Bil. 3 /46 TAHUN 2020

PENGESAHAN

(Kertas Edaran Pada 16 Mac 2020)

KEPUTUSAN JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS BERKAITAN PENGURUSAN MASJID EKORAN PENULARAN WABAK COVID-19 BERMULA 16 MAC 2020

Setelah menerima pandangan dan nasihat daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai perkembangan COVID-19 semasa pada 15 Mac 2020, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis bersetuju dengan keputusan berkaitan pengurusan masjid seperti berikut:

1. Bersetuju supaya segala aktiviti berkumpulan di masjid termasuk Solat Jamaah dan Solat Jumaat dihentikan seketika. Umat Islam diseru untuk menunaikan solat jemaah di rumah dalam tempoh 14 hari bermula waktu maghrib pada 16 Mac 2020 sehingga waktu isyak 29 Mac 2020.

2. Laungan azan akan dilaksanakan di masjid dengan gantian seruan ungkapan   hay’alatain  (حى على الصلاة،  حى على الفلاح)  kepada (صَلُّوْا فِيْ بُيُوْتِكُمْ) (Solatlah di rumah kamu), berdasarkan riwayat al-Bukhari (668) dan Muslim (699) daripada Ibn 'Abbas RA. Inilah salah satu pandangan yang dibolehkan seperti yang dinyatakan oleh al-Imam al-Nawawi RH di dalam kitabnya Syarh Sahih Muslim 5/207.

Lafaz azan yang dilaungkan adalah seperti berikut:

الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر،

أشهد أن لا إله إلا الله، أشهد أن لا إله إلا الله،

أشهد أن محمدًا رسولُ الله، أشهد أن محمدًا رسولُ الله،

صَلُّوْا فِيْ بُيُوْتِكُمْ، صَلُّوْا فِيْ بُيُوْتِكُمْ،

الله أكبر، الله أكبر،

لا إله إلا الله

3. Hanya Pegawai Masjid yang bertugas sahaja (Seorang Imam, seorang Bilal dan seorang siak) hadir solat jamaah  setelah benar-benar dipastikan kebersihan dan kesihatan dengan menjaga ketetapan seperti berikut:

a) Hadir ke masjid apabila azan dilaungkan. Hanya muazzin perlu hadir awal bagi tujuan melaungkan azan;

b) Memendekkan tempoh keberadaan di masjid;

c) Mengambil wudhuk di rumah;

d) Tidak bersalaman;

e) Membawa sejadah sendiri;

f) Memastikan diri benar-benar bersih dan sihat sebelum hadir ke masjid.

4. Masjid-masjid hendaklah melaksanakan proses cucian / nyahkuman / disinfection dalam tempoh 14 hari yang ditentukan, bahkan dilaksanakan setiap kali solat oleh setiap Pegawai / Jawatankuasa Masjid yang hadir bertugas.

5. Menangguhkan semua aktiviti masjid sama ada kelas, kuliah dan pengajian dalam tempoh 14 hari. Pengajaran secara atas talian boleh dipertimbangkan untuk dilaksanakan dari rumah sebagai alternatif.

6. Dinasihatkan semua masyarakat untuk mengelakkan sebarang perkara dan aktiviti yang dapat menyumbang ke arah penularan wabak COVID-19 berkenaan.

-TAMAT-

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 121
Semalam 3002
Minggu Ini 15176
Bulan Ini 9021

Keseluruhan 3752650

   Masa Capaian : 1.17 saat    Kemaskini :  03/7/2026