Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Berkaitan Solat Jumaat Pada 13 Mac 2020 Ekoran Penularan Wabak Covid-19

Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Berkaitan Solat Jumaat Pada 13 Mac 2020 Ekoran Penularan Wabak Covid-19

KEPUTUSAN MESYUARAT

JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 46 / 2020

17 Jun 2020 / 25 Syawal 1441

Bil. 2/46 TAHUN 2020

PENGESAHAN

(Kertas Edaran Pada 13 Mac 2020)

 

KEPUTUSAN JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS BERKAITAN SOLAT JUMAAT PADA 13 MAC 2020 EKORAN PENULARAN WABAK COVID-19

Setelah menerima pandangan dan nasihat daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai perkembangan COVID-19 semasa pada 15 Mac 2020, maka Jawatankuasa fatwa Negeri Perlis bersetuju agar solat jumaat di seluruh negeri Perlis pada tarikh 13 Mac 2020 digantikan dengan Solat Zohor di rumah masing-masing.

Hal ini rentetan daripada perkembangan terbaru seperti yang telah dimaklumkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Justeru itu pihak Kementerian meminta agar sebarang perhimpunan berskala besar termasuklah aktiviti agama dielakkan.

Maka dinasihatkan agar individu muslim sentiasa mengambil langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan penularan wabak berkenaan.

 

-TAMAT-

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 115
Semalam 3002
Minggu Ini 15170
Bulan Ini 9015

Keseluruhan 3752644

   Masa Capaian : 1.04 saat    Kemaskini :  03/7/2026