Zakat Kepada Mangsa Bencana

 Zakat Kepada Mangsa Bencana

KEPUTUSAN MESYUARAT

JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-35/2018

8 – 9 MAC 2018 / 20 – 21 JAMADIL AKHIR 1439H

BIL. 1/35 TAHUN 2018

 

ZAKAT KEPADA MANGSA BENCANA

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis bersetuju sebulat suara dengan keputusan seperti berikut:

1. Mangsa Yang Berada Di Penempatan Sementara Akibat Bencana Alam

Mangsa yang ditempatkan di pusat penempatan sementara akibat bencana alam yang zahirnya memerlukan kepada keperluan asas seperti makanan, minuman, keperluan asas diri, pakaian dan seumpamanya berhak mendapat bantuan zakat untuk memenuhi keperluan tersebut. Ini merangkumi Muslim dan bukan Muslim.

2. Mangsa Yang Mengalami Kemusnahan Harta Benda,Tempat Tinggal Dan Seumpamanya

Mangsa yang mengalami kemusnahan harta benda, tempat tinggal dan seumpamanya akibat bencana boleh menerima peruntukan zakat sekiranya bencana tersebut mengakibatkan kesusahan kepada perjalanan kehidupan seharian, seperti mengakibatkan tanggungan hutang baharu dan kerosakan keperluan kehidupan yang membebankan serta apa-apa bebanan yang menjejaskan perjalanan kehidupannya. Pihak pengurusan

zakat boleh mengenalpasti keadaan ini dengan saksi dan qarinah (bukti) daripada mangsa. Sekiranya mangsa tidak termasuk dalam kategori ini bantuan boleh diberikan tanpa melibatkan bahagian zakat.

Adapun mangsa daripada golongan bukan Islam boleh diberikan di bawah asnaf Muallaf.

 

Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil. 2/2018 pada 15 Mac 2018

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 123
Semalam 3002
Minggu Ini 15178
Bulan Ini 9023

Keseluruhan 3752652

   Masa Capaian : 0.98 saat    Kemaskini :  03/7/2026