Garis Panduan Imam Selepas Solat

Garis Panduan Imam Selepas Solat

KEPUTUSAN MESYUARAT

JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 64 / 2023

28-29 OGOS 2023 / 11-12 SAFAR 1445

Bil. 4/64 TAHUN 2023

GARIS PANDUAN IMAM SELEPAS SOLAT

  1. Imam berzikir selepas solat berdasarkan sunnah Nabi SAW.
  2. Imam berzikir secara individu dan dianjurkan berzikir berdasarkan panduan zikir selepas solat yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Perlis.
  3. Imam hendaklah berpaling menghadap ke arah makmum setelah beristighfar sebanyak tiga kali dan membaca اللهم أنت السلام.... Sama ada menghadap ke kanan saf, kiri saf atau menghadapkan wajah secara terus ke arah makmum.
  4. Imam hendaklah merendahkan suara ketika berzikir kecuali bagi tujuan mengajar kepada jemaah yang lain dalam tempoh yang tertentu sahaja.

- Tamat -

Kehadiran Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis :

  1. S.S Profesor Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin - Mufti Negeri Perlis
  2. Sahibul Fadhilah Ustaz Tajul Urus bin Abdul Halim – Timbalan Mufti Perlis
  3. Sahibul Fadhilah Dato’ Dr. Johari bin Mat
  4. Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle
  5. Sahibul Fadhilah Dr. Hj Zaharuddin Bin Hj Abdul Rahman
  6. Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Azman Bin Mohd Noor
  7. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Mohd Akram Bin Dato’ Dahaman @ Dahlan
  8. Sahibul Fadhilah Dr Ahmad Sufian bin Che Abdullah
  9. Sahibul Fadhilah Dr. Kamilin bin Jamilin
  10. Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar Bin Syed Kamal Bharin
  11. Ustaz Muhammad Khidhir Bin Abdul Ghani – Setiausaha

DIPERAKUKAN dalam Persidangan Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 5 / 2023 pada 2 Oktober 2023.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 149
Semalam 3034
Minggu Ini 9338
Bulan Ini 3183

Keseluruhan 3746812

   Masa Capaian : 1.11 saat    Kemaskini :  01/7/2026