Editor Unit Fatwa
Jumlah paparan: 15
Fatwa Caruman Wang Zakat Untuk Asnaf Yang Memerlukan Perlindungan Dari Skim Perlindungan, Takaful (Asuransi Syariah) Dan Khairat Kematian
Editor Unit Fatwa
Jumlah paparan: 15
Editor Unit Fatwa
Jumlah paparan: 15
KEPUTUSAN MESYUARAT KHAS
JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI BIL. 1/2026
7 MEI 2026 / 19 ZULKAEDAH 1447
Bil. 1 TAHUN 2026
FATWA CARUMAN WANG ZAKAT UNTUK ASNAF YANG MEMERLUKAN PERLINDUNGAN DARI SKIM PERLINDUNGAN, TAKAFUL (ASURANSI SYARIAH) DAN KHAIRAT KEMATIAN
Pihak pengurusan zakat boleh membayar caruman takaful atau khairat kematian atau skim perlindungan patuh syariah untuk semua kategori asnaf yang memerlukan. Ini hendaklah memenuhi beberapa syarat:
- Pihak asnaf bersetuju untuk wang zakat yang diperuntukkan kepada mereka disalurkan untuk tujuan caruman tersebut. Ini merangkumi wang yang sudah berada di tangan mereka atau wang mereka yang masih di pihak pengurusan zakat. Ertinya, pihak pengurusan zakat boleh mewakili mereka dalam urusan tersebut.
- Caruman tersebut merupakan keperluan golongan asnaf berkaitan, seperti keperluan mereka apabila berlaku kemalangan, kematian, kecacatan kekal dan kerosakan harta benda. Keperluan ini merujuk kepada latar keadaan asnaf.
- Hendaklah diambil kira keperluan atau kemudahan sedia ada yang telah diperuntukan oleh pihak kerajaan atau selainnya agar tidak berlaku pembaziran dalam carumah sedangkan keperluan atau kemudahan tersebut telah dipenuhi. Ini seperti kemudahan yang serupa yang sudah ada atau jaminan lain seperti hospital/klinik kerajaan, PERKESO, pencen dan seumpamanya.
KEHADIRAN DAN PERSETUJUAN OLEH:
- Sahibus Samahah Profesor Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin
- Sahibul Fadhilah Ustaz Tajul Urus bin Abdul Halim
- Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle
- Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Basri bin Ibrahim
- Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Azman Bin Mohd Noor
- Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Mohd Akram bin Dato’ Dahaman @ Dahlan
- Sahibul Fadhilah Dr. Hj Zaharuddin bin Hj Abdul Rahman
- Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar
- Sahibul Fadhilah Dr Ahmad Sufian Bin Che Abdullah
- Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar bin Syed Kamal Bharin
- Sahibul Fadhilah K.H Dr. Zaitun bin Rasmin
- Sahibul Fadhilah Dr. Muhammad Lukman bin Mat Sin
- Sahibul Fadhilah Ustaz Burhanudin bin Lokman
- Sahibul Fadhilah Dr. Muhammad Luthfi bin Mohammad Masruh
- Al-Fadhil Ustaz Muhammad Khidhir bin Abdul Ghani – Setiausaha
DIPERAKUKAN dalam Persidangan Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 3 / 2026 pada 19 Mei 2026.







