Hukum Menggunakan Alatan Perubatan Mengandungi Bahan Najis

Hukum Menggunakan Alatan Perubatan Mengandungi Bahan Najis

KEPUTUSAN MESYUARAT

JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-79/2026

14-15 APRIL 2026 / 25-26 SYAWAL 1447

Bil. 1/79 TAHUN 2026

                           

HUKUM MENGGUNAKAN ALATAN PERUBATAN MENGANDUNGI BAHAN NAJIS

  1. Beg ostomy dan apa-apa alatan atau penggunaan dalam perubatan yang mengandungi bahan berasaskan khinzir, atau binatang lain yang tidak halal di makan atau binatang halal yang tidak disembelih sebagai pelekat pada bahagian tapaknya (baseplate) atau apa-apa penggunaan lain adalah tidak suci dan tidak boleh digunakan oleh pesakit beragama Islam. Namun jika bahan-bahan tersebut dapat disahkan telah melalui proses istihalah (perubahan sepenuhnya) maka ia dibolehkan.
  2. Bahan atau alatan perubatan yang tidak disahkan sebagai najis boleh digunakan. Jika dia mendapati bahan yang digunakan itu adalah najis selepas ia digunakan, maka ia satu kemaafan di sisi syarak. Namun mengambil langkah berhati-hati dalam memastikan kesucian bahan yang akan digunakan adalah warak yang terpuji.
  3. Dalam keadaan seseorang muslim tidak mempunyai pilihan sedangkan keadaan dirinya memerlukan bahan tersebut, maka dibolehkan menggunakannya.
  4. Dalam apa-apa keadaan sekalipun seorang muslim tetap wajib menunaikan solat fardhu menurut kadar kemampuan dirinya.
  5. Pesakit yang telah menggunakan bahan yang mengandungi najis disebabkan tidak tahu atau kerana tiada pilihan lain ketika itu, maka tidak perlu mengulangi solat yang telah ditunaikan ketika itu.

KEHADIRAN DAN PERSETUJUAN OLEH:

  1. Sahibus Samahah Profesor Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin
  2. Sahibul Fadhilah Ustaz Tajul Urus bin Abdul Halim
  3. Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle
  4. Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Basri bin Ibrahim
  5. Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Azman Bin Mohd Noor
  6. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Mohd Akram bin Dato’ Dahaman @ Dahlan
  7. Sahibul Fadhilah Dr. Hj Zaharuddin bin Hj Abdul Rahman
  8. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar
  9. Sahibul Fadhilah Dr Ahmad Sufian Bin Che Abdullah
  10. Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar bin Syed Kamal Bharin
  11. Sahibul Fadhilah K.H Dr. Zaitun bin Rasmin
  12. Sahibul Fadhilah Dr. Muhammad Lukman bin Mat Sin
  13. Sahibul Fadhilah Ustaz Burhanudin bin Lokman
  14. Sahibul Fadhilah Dr. Muhammad Luthfi bin Mohammad Masruh
  15. Al-Fadhil Ustaz Muhammad Khidhir bin Abdul Ghani – Setiausaha

DIPERAKUKAN dalam Persidangan Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 3 / 2026 pada 19 Mei 2026.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 187
Semalam 3963
Minggu Ini 13871
Bulan Ini 64483

Keseluruhan 3731906

   Masa Capaian : 0.99 saat    Kemaskini :  26/6/2026